Misteri Keris Taming Sari



…ASAL USUL KERIS TAMING SARI…

Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.

Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.

Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.

Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….

Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.

Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

Wallahu’alam….

Komentar Banjoe diweblog Sejarah Hang Tuah – pakcikli00

About these ads

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

47 Responses to Misteri Keris Taming Sari

  1. tokuban78 says:

    alam melayu banyak misteri.

  2. zen66 says:

    misteri nusantara…

    • satrio nuswantoro says:

      carilah sejarah,misteri nusantara di pusat pemerintahan nusantara,iqsyaALLAH kau kan temukan apa yg kau cari.

  3. man7 says:

    taming sari sudah ada. ada pada orang kita. ia akan dikembali kepada kpd pemerintah kita. Konsep ini bukan menjadi gimik ia menjadi hakikat Kebangkitan Melayu dari MALAYSIA.

    • ismail bin long says:

      taming sari ada di istana perak.bukan di buangke laut.islam atau tidak khadam keris itu biar menjadi rahsia pada yang tahu,tuan guru haji mahmud pondok lanai baling dan muridnya bang teh pendang pernah melihatnya.haji mahmud adalahanak murid kepada tok kenali ulamak nusantara

    • satrio nuswantoro says:

      raja melayu ada kat sumatra,jambi,palembang dan anteror wilayah sumatra,raja bugis ada kat semenanjung,bugis tu INDONESIA,SUMATRA PUN INDONESIA,
      SIAPA RAJA MALAYSIA?

  4. m'cos says:

    Insya Allah keris tersebut akan dipegang oleh salah satu orang yang diizinkan Allah memimpin umat untuk melawan kebatilan.

  5. m'cos says:

    Insya Allah taming sari akan muncul di sa’at kebatilan merajalela,,,
    Wallahu’alam

    • alif ali says:

      Asalamualaikum… Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya…. Mungkin cerita Keris Taming Sari dan pemiliknya menjadi satu lagenda yang boleh diambil iktibar didalam masyarakat. Betul juga pendapat en. yumi daripada mencari asal usul keris tersebut lebih baik kita mencari ilmu-ilmu ketuhanan. Memang benar pendapat sedemikian tidak dinafikan.
      Sebagai manusia biasa yang sifatnya binasa, pelbagai ragam dapat kita lihat didalam masyarakat
      hari ini. Ada yang belajar agama pada tahap yang kita tidak mampu memikirkannya. Ada yang
      belajar ilmu kebatinan sehingga gila kelihatannya. Ada yang menggilakan cincin sehingga penuh
      dijarinya. Ada yang minat memancing sehingga lautan dalam perginya.. Ada yang gila berjudi
      hingga lupa rumah tangga… Walau apa pun ragamnya jangan dinafikan ilmu ketuhanan
      dan keimanannya pasti ada dalam hati seseorang melayu itu selagi dia mengaku dia seorang islam.
      Tiada apa yang lebih istimewa yang dibawa pulang bersama selain amalan dan hati yang bersih..
      Dalam cerita Taming Sari pula mungkin kita dapat dijadikan iktibar kehidupan manusia sejagat. Seseorang panglima majapahit yang percaya dirinya tidak dapat ditewaskan ternyata meleset apabila ditewaskan dengan hang tuah… Oleh itu berapa hebat pun kita pasti ada yang lebih orang boleh mengatasinya…..(bersambung)

  6. tokpakehtemenggong says:

    Salam

    Kalu Taming Sari kini berada pada Baginda Sultan Perak, adakah selama beratus tahun sebelum ini tidak terjadi cubaan mencuri keris itu ?
    Ada kes..?

  7. Abang Uda says:

    Salam,

    Taming Sari kini dalam simpanan Sultan Perak. Melaka jatuh ditangan Portugis sultan ke Muar dan kemudian ke pahang lepas tu ke Johor lama di kota Tinggi. Bersama dengan Belanda menyerang portugis di Melaka. Menyebabkan kemarahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Aceh yang sedang berperang dengan belanda. Aceh menyerang Johor Lama, tumbang dan Sultan bersama keluarganya dan tun Seri Lanang dibawa ke Aceh. Cucu Sultan Melaka ini kemudian dirajakan di kampar Sumatera. Cicitnya balik ke Perak dan membuka negeri baru lalu dirajakan diPerak sehingga menjadi keturunan Sultan sekarang.
    Kalau ada orang mendakwa menyimpan Taming Sari itu adalah suatu pembohongan sejarah paling besar.
    Wallahualam.

  8. tuan nadim says:

    taming sari berpindah tangan kepada hang tuah apabila hang tuah menang berlawan, apabila hang tuah hilang, keris itu kembali semula kepada tuan asalnya sebelum hang tuah. dijaga oleh keturunannya sehingga kini di tanah jawi.

  9. paloi says:

    lebih mitos dr fakta. lebih cerita dr sejarah. inilah masalah bila sejarah kita hanya tinggal dlm bentuk cerita tanpa tulisan.

  10. edy says:

    apakah keturunan syed itu adalah dari kesultanan raja2 dari pagar ruyong..

  11. yumi says:

    semua mencari asal usul keris ini, siapa pelimilknya, ada yg begitu taksub tapi kita lupa biar siapa pemegang keris itu, brapa jenis besi pun namum ia tetap sekadar keris dan tetap besi.kenapa tak dicari Pencipta keris malah Pencipta alam semesta ini, Dia Yang Maha Perkasa dan Maha Besar.\ lagi Maha Mengetahui.

  12. eddie says:

    adakah gambar di atas adalah rupa bentuk asal keris taming sari

  13. Jebat says:

    Salam..Mohon keampunan Hamba berkata ini, adapun Keris ‘Taming Sari’ yg dikatakan diwarisi & dimiliki kini oleh Kebwh DYMM Tuanku Sultan Perak serta tersimpan digaleri Sultan Azlan..Bukanlah yg asli !! Bagi yg berusul mengaji InsyAllah ‘Tahu’ & ‘Maklum’ akan hal ini..Ampunkan Hamba, tidak terlintas utk merendah2kan atau membuat tanggapan yg menyinggung mana2 pihak pun, harap maklum !

  14. satrio nuswantoro says:

    jangan membual malon.dengan memutar balikkan fakta(berbohong)pada para pembaca,selain itu salah menurut islam,itu juga mempermalukan sejarah islam.apa untungnya membohongi sejarah,lebih baik kau jual tu nasi lemak kat tepi jalan,kalau tak laku,..kasih ja kat pengemis…

  15. AHMAD ABU BIN ABAS says:

    jika melaka perang hang tuah akan kembali

  16. madness says:

    he he …MELAYU akan kekal melayu kerana cerita2 angan2 kayangannya….sedarlah wahai melayu…. keris terbang dan kuasa hebat itu tiada lagi……kecuali dari dampingan JIN sahaja….tanyalah tok tok keris depa tau…

  17. madness says:

    Dan Tiada daya Upaya Melainkan Dari Allah…

  18. Muhammad Imran says:

    dah kalau Taming sari hilang…. Yang Sultan Perak pegang tu pebende??

    • badrul sysham bin johar says:

      SALAM..aku ingat memperjelaskan tentang asalnya keris ini ditanah jawa..sebelum tu aku tak tahu siapa yang memilikinya..sebelum hang tuah memiliki keris tu..ia adalah kepunyaan panglima mangku bumi..iaitu panglima maharaja pahit ..ingatkah kalian didalam filem pramlee ..semasa 5 bersaudara hadir di jajahan maharajapahit 5 bersaudara dicabar oleh pemerintah untuk beradu tenaga.hang tuah memilih untuk beradu cabar digelanggang persilatan..semasa itu panglima mangkubumi sedang bertapa didalam tanah.untuk mendapatkan kekebalan ia perlu bertapa selama 40 hari.akhirnya panglima mangkubumi terpaksa keluar dari tempat pertapaan nya yang baru berusia 39 hari.Tidak lengkaplah ilmu kekebalan tersebut.Semasa pertempuran beliau dengan hang tuah..akhirnya ia terbunuh..Taming sari jatuh ketangan hang tuah.Setelah lama memiliki dan sejarah banyak berlaku.Hang Tuah dan Hang Jebat akhirnya bertemu untuk menyelesaikan maslah yg timbul.Hang Tuah dibekalkan keris yang lebih kurang hebatnya jugak dari kesultanan Melayu Melaka IAITU KERIS PAMONG SARI IA JUGA KERIS YANG BERDAULAT.Semasa pertarungan akhirnya keris itu bertukar tangan..hang tuah memiliki semula taming sari..hang jebat memiliki pamong sari.Akhirnya Jebat redah kebumi ditikam dengan Taming Sari.Setelah itu keris itu sebenarnya di ambil semula oleh Hang Tuah selepas Hang Tuah dikebumikan disatu tempat rahsia tanpa diketahui umum.Hang Jebat tidak mengamuk pun setelah ditikam oleh Hang tuah seperti mana diceritakan..Ia sekadar memburukan Hang Jebat.Hang Jebat tidak melakukan zina.Dia berkahwin dengan Dang Anum yang disaksikan oleh Dato Bendahara.Untuk pengetahuan anda semua 5 bersaudara ini bukanlah calang manusia.mereka dibekalkan oleh guru2nya ilmu agama yang cukup tinggi serta ilmu persilatan..Janganlah memburukan Hang Jebat..Ia satu sejarah dimana kesannya kini telah pun terbukti kepada pemimpin kita sendiri yang ada sekarang.Ia kemana pegi keris tersebut…
      KERIS yang berada ditangan Sultan Perak pada hari ini adalah KERIS PAMONG SARI yang telah diserahlkan kepada kerajaan perak selepas itu.
      KERIS Taming Sari ia masih terpacak dicelah batu diantara 3 buah negeri iaitu Pahang,Negeri Sembilan dan Melaka iaitu disempadanan yang tidak diketahui oleh kita.Keris itu akan tercabut dari celah batu sampai waktunya oleh seorang budak yang berlidah hitam berumur diantara 3 – 5 tahun..Mungkin ia salah satu keturanan Panglima Hitam yang kita tidak tahu..kita bersabar..kita tunggu..bilakah akan berlaku..

  19. alhamdulillah, begitulah berapa cebisan cerita berkaitan dgn keris taming sari antara senjata misteri spt pedang saidina ali karamallah, nabi muhamad saw atau pedang samurai dll mengikut suatu bangsa/kaum yg melambangkan kehebatan senjata masing2, kalau kita pergi ke muzium negara terpahat tulis “tak melayu hilang didunia” sambil gengam ulu keris oleh panglima hangtuah (lihat memorial hangtuah), pd pandangan sy kejatuhan kerajaan melayu akan jatuh/hilang kuasa jika peranan keris tiada lagi diendahkan…wallallahualam bisawap..

  20. Adi Abdillah says:

    Assalam semua. Sejarah Melayu yang diwariskan kepada kita sebenarnya banyak kekeliruan. Banyak catatan-catatan tentang kehebatan dan kegemilangan Melayu yang sebenar telah dimusnahkan dan dilarikan oleh penjajah. Melaka yang sebenarnya adakah seperti yang kita belajar dalam sukatan pelajaran sejarah di sekolah-sekolah pada hari ini?. Begitu juga dengan cerita hulubalang Melaka yang terbilang dan juga Taminng Sarinya, adakah benar seperti yang diceritakan di dalam hikayat-hikayat sejarah yang diwariskan kepada kita? Mungkin ramai akan terkejut jika dikatakan Hang Tuah bukan sahaja seorang Laksemana malah beliau juga seorang Sultan yang pernah memegang jawatan Maharaja menurut “Undang-Undang Kedah” yang telah dilarikan oleh penjajah dan telah dikembalikan kepada kita beberapa tahun yang lalu (sila rujuk undang-undang kedah keluaran DBP). Jika dirujuk kepada kata-kata Sang Raja Wali : “Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.” Kata-kata ini mungkin ada kebenarannya kerana ada pendapat yang mengatakan salah satu jenis besi yang digunakan untuk membuat Taming Sari adalah besi pintu Ka’bah dan salah seorang daripada Wali 7 merupakan guru kepada Hang Tuah. Kita perlu mengkaji sejarah dari pelbagai sudut kerana banyak fakta-fakta sejarah kita yang telah diselewengkan oleh penjajah dan diwariskan kepada kita hari ini. Penyelewengan penjajah telah menyebabkan Melayu berpecah dan tidak bersatu dan tidak mengetahui bahawa Melayu pernah membina Tamadun dan Empayar yang hebat satu ketika dulu. Hakikatnya, “SEJARAH KEGEMILANGAN MELAYU ADALAH SEBAHAGIAN DARI SEJARAH KEGEMILANGAN ISLAM”. Carilah kebenarannya..Wallahuaqlam.

  21. TAMING SARI……………….apa….?

    • shah fahmi says:

      taming sari adalah senjata atau keris pahlawan melayu yang sangat tersohor, hang tuah,,aduh teruk gile ko nih..

  22. sang kerta nala says:

    seorang musuh pun akan berbaik2 jika ditinggalkn didalm satu bilik yg same dalam mase seminggu ataw lebih..ni kan pula hang tuah dan hang jebat yg sudah taat setia selamanya dan dikenali sejak kecil..jadi aku x rase mereka betol2 saling tikam menikam…mereka adalah pendekar-pendekar..bak kata pepatah “bukan pndekar namanya klau xpanjang akalnya” jadi aku rase untuk nak mnunjkan taat setia tuah pada sultan lalu die berpura2 menentang jebat dan mbuat helah yg mane kite tawu tiada siapa nampak kesan tikaman ditubuh jebat tapi sekadar darah yg mbasahi perut jebat…menurut seorang tua yg aku kenali,jebat melukakan tgn sndri lalu mnekup diperotnya bgi mnampakkan tuah menikamnya…ini lah muslihat pendekar2 terbilang itu…

    • mohd. rahmat bin md darus says:

      ngko ni pun satu hal…sama jugak buat crite muslihat…
      sapela SEORANG TUA yg ngko cakap ngko kenal tuh..
      eloklah tu..ngko pun kena tipu jugak dgn dia…

  23. raden sameon says:

    Allahu Alam apa pun ceritanya semua itu telah pun berlalu dan sangat2 kita kagumi kehebatannya, tapi apa yg telah saya alami maaf saya kata saya telah pun bersama Tuah diantara nyata dan ghoib. Ternyata baginda adalah diantara satu2nya Sultan Melaka Yg selama ini menjadi Sultan Melaka di alam ghoib iaitu di Gunung Ledang bersama Puteri gunung Ledang.Saya telah bertanya kepada baginda “mengapa baginda membuang atau mencampak Keris Taming Sari itu?” dan baginda menjawab dgn murka yg mereka telah memberi kenyataan yg salah dan menghina baginda telah diberi Keris Taming Sari itu dan byk jasa yg telah baginda buat bersama Keris Taming Sari itu,mengapa baginda harus mencampak atau membuang keris itu, kata baginda lagi itu adalah perbuatan yg keji oleh seorang pendekar keagungan sultan dan tanah Melayu sebaliknya beginda memberitahu yg beginda hanya melepaskan keris Taming Sari itu keair dgn segala penghormatan bukan dicampak atau dibuang. Dan begitu jaga saya telah ajukan pertanyaan tentang baginda melarikan Puteri utk Sultan Melaka zaman tu,dgn murka juga baginda memberitahu yg baginda tidak melarikannya Pantang Pendekar Melayu melarikan Puteri itu tapi terpaksa beradu tenaga utk mendapatkannya utk Sultan Melaka…Persoalaan nya nampak Tuah sendiri tidak mengakui apa yg telah diceritakan pada cucu cicitnya itu adalah perkara yg tidak benar maka hanya kitalah yg memikirkannya utk org melayu dan Negeri Melaka amnya Malaysia. Allahu Alam

    • mohd. rahmat bin md darus says:

      apela yg ngko merapek ni pendekar..
      apesal ngko tak tanye dia skali mane dia dpt keris tu..
      yg dia pegi lepas keris tu kat air buat ape..
      kalo ngko jumpa dia lagi ngko tanya dia mana satu rupa tamingsari yg betol…
      yg dekat muzium tuh tamingsari sape…
      yg dekat sultan perak pun ada jugak tamingsari…
      sape pulak yg pegi amek keris tamingsari kat air yg dia lepaskan tu..
      lepas tu tanya dia bila masa pulak dia jadik sultan..
      yg dia pegi duduk dgn putri gunung ledang tu buat apa pulak,,ada ikatan yg sah ke…
      bukan ke putri tu dia pegi meminangkan utk sultan melaka ke dulu..
      last skali tanya dia kenapa sultan melaka tu dulu tak bunuh tok bendahara dia tu sebab dia dah tipu sultan dia kata dah jatuhkan hukuman mati kat hangtuah padahal dia pegi sorok pulak hang tuah..lepas tu sultan suka pulak dapat tahu hangtuah hidup lg..padahal dia yg suruh bunuh hangtuah dulu..bukan ke tok bendahara tu yg patut kena pancong sebab dok tipu sultan tu hidup2…

    • XNaMa says:

      menarik nih… tapi tu la.. takut bila berinteraksi nanti kita slalu salah bertanya lalu beliau murka..

    • Tengku Amirul SA says:

      Assalamualaikum, saudara. Taming Sari itu tersimpan di alam yang ‘tidak berdinding’. Hanya pewaris yang sah dan berhak sahaja boleh ‘melihat’nya…dan hanya pewaris yang sah dan berhak sahaja bisa ‘menggunakannya’. Sesungguhnya, ia adalah milik Allah Yang Maha Agung. Sebagai manusia biasa, kita seharusnya sentiasa memohon bimbingan dan petunjuk hidayah daripadaNYA. Semoga kita semua berada di jalan yang benar…selagi kita berpegang teguh pada ‘tali’ Allah.

  24. Panglima Merah Sireh says:

    Kepada Sang Kerta Nala; saya sangat tertarik dengan teori saudara (kalau boleh dikatakan teori) ada benarnya juga penjelasan saudara. Mereka ini 5 beradik mmg terkenal dengan tipu helahnya. Mudah2an para pendekar Melayu ini berada dalam golongan orang2 yang soleh sekarang…amiiin.

  25. faqer says:

    apalah yg ada dgn keris ni….sekadar makhluk yg x de nilai d cc Allah…sikit pn x de nilai..langsung x de kuasa pn keris ni…langsung x de apa2 pn keirs ni…langsung x ada apa2 pun…kecuali dgn izin Allah…kenapa nk yakin dengan taming sari…?betulkan lah yakin anda…yakinlah pada Yang maha Kuasa…kalo anda yakin benar2…jgn kata batu…kayu sugi pn akan jadi lebih hebat dari bom atom….keris ke,pistol ke,senapang ke…atom ke…x penting langsung…x guna langsung…yg paling guna adalah iman anda…iman yang betul2 yakin…hanya pada Allah….bukan pada barang2 yg x guna ni….betulkan lah yakin anda

    • mohd. rahmat bin md darus says:

      erm….kan senang mcm ni…
      satu pemikiran yg patut ada pada melayu kita..
      hanya kerana allah…
      tak payah dok taksub sgt perkara yg tanpa kita sadari menjadi syirik..
      cerita pasal hang tuah ke tamingsari ke sultan melaka ke skarang ni makin lama makin mengarot…
      kpd yg memberi komen anda di sini saya rasa baik tak payah la,,bukan saya nak larang,,saya bukan sultan,,saya bukan tuhan..
      tapi korang pikir la sendiri apa yg korang dah critekan kt sini..
      cuba pikir balik..dah mcm2 teori korang ni buat…mana la korangdapat crite sejarah yg pelik2 ni…semakin lama tanpa kita sedari sedikit demi sedikit telah mengelirukan rakyat jelata kita sendiri..korang dengar je org crite pastu korang teros tulis kat sini…ntah betol ke tidak silap2 ko sendiri pun tak tau..kalo ramai org mcm ni silap hari bulan lama2 org lain dah malas nak mengetahui sejarah2 melayu ni sebab makin lama makin mengelirukan setiap individu…sebaliknya mari la kita pelihara sejarah yg ada ni sama2 bukan pegi buat crita2 sejarah dari diri sendiri…
      skarang ni pun sy dah jadi susah hati sbb kenapa sejarah yg sy blajar masa kecik2 kat skolah dulu yg cikgu ajar ikut buku teks skolah tu byk perbezaan dgn sejarah kt luar ni…
      mcm mana ni…

  26. matbpyp says:

    Alhamdulillah, t/kasih info…, tuan

  27. matbpyp says:

    Alhamdulillah, t/kasih info…, tuan faqer

  28. seman says:

    ini semua cerita karut dan khurafat….boleh membawa kepada syirik…

  29. agusrianto says:

    taming sari..kayanya tdk ada nama itu damajapahit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s