Stok Balak Teras Kayu Pakcikli

Gambar diatas adalah diantara stok balak teras kayu yang terdapat di sekeliling teratak ukiran Pakcikli. Balak ini panjang atau tingginya lebih kurang 10 kaki dan garispusatnya ada yang menjangkau 4 kaki. Balak teras kayu ini sangat berat sehinggakan sukar diangkat oleh jentolak, apatah lagi jika hantu turut menumpang diatas kayu tersebut ketika kita mengangkatnya. Pakcikli sering meminta bantuan hantu mengangkatnya, itu pun kena hantu besar atau disebut hantu raya.

Teras Kayu cengal adalah antara kayu paling keras di Malaysia. Pada masa kini semakin kurang jumlah kayu cengal akibat pembalakan menyebabkan spesis kayu ini susah hendak didapati. Didalam proses untuk menghasilkan peralatan yang berasaskan kayu cengal beberapa halangan perlu ditempuhi seperti mencari dan mengeluarkan banir kayu dari hutan rimba. Ini kerana mencari banir kayu cengal tidak semudah yang disangka dan salah satu halangan ialah semasa memotong banir kayu kerana rantai mesin pemotong akan tumpul dek kekerasan kayu tersebut. Pebelanjaan untuk memperolehi sebatang balak teras kayu ini pun sangat mahal, kerana memerlukan pembantu yang kuat dan mahir memotongnya. Balak ini memerlukan jentera berat untuk menaikannya keatas lori. Selain dari pada itu balak ini perlu di keluarkan dari hutan menggunakan lori hantu. Ketika tiba di jalanraya balak ini perlu dipindahkan ke lori biasa pula, akirnya balak ini perlu di turunkan dari lori dengan jentera berat yang lain bila tiba dibengkel. Kesimpulannya pebelanjaan untuk memiliki sebatang balak ini menjangkau ribuan ringgit.

Balak ini mudah disimpan kerana tak perlu diatap. Sementara sebelum digunakan untuk diukir saya hiasi balak ini dengan tanaman anggerik liar agar sejuk mata memandangnya.

Kelebihan teras kayu cengal

1. Antara kayu paling keras dalam jenis kayu kategori berat.

2. Tidak diserang oleh serangga perosak.

3. Kekuatan kekerasan kayu tidak menyusut walaupun terdedah kepada panas dan hujan.

Kelemahan :

1. Sukar didapati.

2. Berat.

Kegunaan :

1. bangunan
2. perabut.
3. ukiran
5. peralatan
6 Ulu senjata

Kelebihan teras kayu cengal

1. Nilai estetika.
2. Tahan lama.
3. Semakin lama usia nilainya akan kian meningkat.
4. Rekabentuk yang unik, semulajadi dan berlainan (tidak akan ada persamaan pada setiap model).

Pokok Cengal

Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) iala sejenis pokok kayu keras yang dapat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga ‘Dipterocarpacease’ iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.

Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik.

Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.

Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

About these ads

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s