Rahsia bomoh tarik wang dengan janda


JOHOR BAHRU: Segelintir suri rumah mata duitan sanggup memperjudikan rumah tangga termasuk memujuk suami menceraikan mereka demi memperoleh status ‘janda segera’ gara-gara terpengaruh tawaran pakej hidup percuma oleh bomoh puja nombor ekor di bandar raya ini…

Perbuatan bomoh itu dibongkar seorang suami yang hidup tertekan dan keliru akibat desakan isteri supaya menceraikannya semata-mata kerana mahu memiliki kemewahan hidup secara mudah biarpun menyedari dia bakal dipersembahkan kepada syaitan atau dijadikan objek perantara ketika sesi pemujaan nombor ekor.
Zulkifli Abu Hassan, 38, yang bekerja sebagai pemandu teksi berkata, dia tidak menyangka isterinya yang berusia 30-an termakan pujukan bomoh yang didakwa menawarkan duit poket hingga RM1,000 sebulan selain janji manis akan menanggung segala kos makan dan minum serta sewa rumah sekiranya bersetuju menuruti kehendak gilanya itu.

Menurutnya, dia juga terkilan sikap isterinya yang bersedia mencari rezeki dengan cara tidak halal termasuk menceburi amalan khurafat apabila dijadikan barang perantara utama ketika pemujaan nombor ekor dilakukan bomoh dikenali sebagai Pak Ungku.

“Kononnya syarat yang dikenakan bomoh itu hanya satu iaitu menghendaki isteri berpisah dengan saya dan bergelar janda secepat mungkin bagi membolehkan dia dijadikan perantara ketika pemujaan nombor ekor yang akan dilakukan bersama kaki judi.

“Lebih pelik, biarpun sudah menjadi teman hidup saya lebih 16 tahun, syaitan bertopengkan manusia yang dikenali isteri sejak lebih setahun lalu itu mampu mempengaruhi pemikirannya tanpa memikir masa depan keluarga dan nasib enam anak kami.

“Bomoh berusia 60-an yang kononnya terkenal dengan kepandaian ilmu tarik wang dan harta karun itu meracuni pemikiran isteri termasuk berjanji menyediakan segala keperluan dan menjamin kebahagiaan isteri saya sepanjang hayat selepas bergelar janda,” katanya yang membuat dua laporan di Balai Polis Nusajaya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.

Zulkifli berkata, dia juga tertekan dengan tindakan isterinya yang didakwa bersikap terburu-buru mahu bercerai biarpun dia berusaha memulihkan hubungan mereka demi menyelamatkan rumah tangga dan masa depan anak-anaknya yang berusia 11 bulan hingga 16 tahun.

Menurutnya, dia yakin pelbagai masalah rumah tangga dan krisis tercetus sejak kehadiran bomoh yang didapati kerap campur tangan dalam urusan rumah tangganya.

“Saya dan isteri tidak hidup sebumbung dan dia juga gagal menghadiri sesi kaunseling di Pejabat Agama Islam Johor Bahru pada Februari lalu.

“Malah, perbuatan isteri membawa keluar empat anak termasuk anak bongsu bersamanya juga mengakibatkan saya semakin bimbang keselamatan mereka,” katanya mendakwa bomoh terbabit juga dipercayai melakukan perbuatan sama pada pasangan suami isteri lain sebelum ini.

Zulkifli berharap isterinya berfikir secara matang dan tidak terus hanyut dengan janji bomoh terbabit yang mungkin mengambil kesempatan terhadap suri rumah daripada keluarga berpendapatan sederhana.
“Saya juga berharap pihak berkuasa menyiasat kegiatan bomoh terbabit dan individu lain yang mungkin bersubahat supaya dapat mengelakkan keluarga lain ditimpa masalah sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan, berkata tindakan isteri lelaki berkenaan meminta cerai semata-mata kerana terpengaruh tawaran bomoh itu perbuatan tidak masuk akal.

Beliau berkata, perbuatan bersubahat dalam proses pemujaan seumpama itu perbuatan berdosa dan boleh membawa kesesatan.

“Kami berharap suami wanita berkenaan dapat menghubungi JAJ. Maklumat daripada wanita itu penting untuk membantu kami bagi mengesan bomoh terbabit seterusnya membolehkan kami mengambil tindakan bersesuaian,”

About these ads

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s