Raja Kayu

Raja kayu ia itu Agatis alba yang dahulunya dikenali dengan nama Sanum, di Brunei kenali dengan nama kayu Tolong tolong. Tumbuh di kawasan permatang tinggi. Biasanya di sekitar pokok raja kayu tidak tumbuh pokok-po bersayap. Ada pula mereka yang mendakwa Raja Kayu adalah kayu dari jenis kayu Madang Sisik, tetapi kayu damar minyak ini lebih dikenali sebagai RAJA KAYU disebabkan kayu jenis ini membolehkan cahaya lampu menembusinya. batangnya besar tapi tidak berbanir. Kulit kayunya bersik sisik berwarna kelabu mengandungi kayu berwarna kelabu atau merah yang mengandungi minyak pekat. Daunnya tebal dan licin yang susunannya berkembar sepanjang lebih kurang 2.5 inci berbentuk mata lembing. Urat daunnya selari dari pangkal ke hujung jika disiat helaiannya bagaikan sutera. Buahnya pula berukuran 2 hingga 4 inci, berbentuk bulat, berwarna hitam atau unggu bersisik sisik dan bertindih tindih. Setiap biji benihnya bersayap.

Raja kayu yang sebenarnya bukanlah sejenis pokok kayu tetapi ia merupakan sejenis damar. Ia berasal dari pokok damar minyak (Agathis Alba). Raja kayu ini terdapat hanya pada dahan dahannya sahaja. Hanya pokok damar minyak yang cukup matang sahaja mempunyai damarnya . cuba lah kita uji dgn membakar raja kayu ini. Raja Kayu akan cair meleleh seperti kita membakar kemenyan dan tidak akan mengeluarkan abu seperti kayu biasa.

Terdapat sekurangnya 10 jenis pokok kayu damar yang biasa ditemui ia itu,Damar hitam, damar hitam bulu, damar hitam gajah, damar katuo, damar laut merah, damar minyak, damar sengkawang putih, damar siput, damar siput jantan dan damar telepuk. damar boleh didapati di kawasan hutan bukit (kawasan hutan peringkat ketiga ia itu hutan kawasan tinggi ).Pokok damar minyak ini boleh dilihat di Janda Baik Pahang ( di kawasan sebuah taman rekerasi hutan pokok pine) di sebelah kiri jalan .Juga boleh ditemui di lokasi air terjun Jelai di Bukit Freaser di penghujung tapak perkelahan. Terlalu banyak dinyatakan mengenai khasiat dan kegunaan Raja Kayu ini. Diantaranya adalah seperti berikut; 1. Dicampur dengan minyak urut untuk melembutkan urat saraf dan melancarkan pengaliran darah. 2. Air rebusan Raja kayu boleh memanaskan tubuh badan. Mereka yang sedang mengandung dilarang minum, kerana boleh menggugurkan kandungan. 3. Asap kayu yang dibakar boleh menghalau hantu syaitan. 4. Pengunaan Raja kayu sebagai tongkat, mata cincin dan sebagainya boleh membina semangat. 5. Raja Kayu digeruni oleh oleh binatang buas dan mereka berniat jahat.

About these ads

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Raja Kayu

  1. jaafar says:

    Encik. Paku tu biasanya berapa inchi panjang. Kalau ada. Dijual berapa harganya. Teringin sya nak miliki dan menempanya. T.kaseh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s