Khasiat raja kayu

Segala penyakit yg diturunkan, datang bersama penawarnya. Maka carilah ubat sekiranya ditimpa penyakit, berusaha dan bertawakal kpd Allah swt.. Penyakit datang seperti ribut dan pergi seperti semut… bersabarlah menghadapi ujian Illahi… N3 ini sekadar berkongsi informasi yg aku baru saja tahu dari seseorang… tetapi wajib kita percaya dari Allah kita datang kepadanya jua kita kembali begitulah segala yg menimpa diri…

Ciri-ciri Raja Kayu

Raja Kayu tembus cahaya jika dipotong walaupun tebalnya sehingga 1 sm. Sila lihat gambar. Raja kayu amat susah nak dipotong. Ia juga tumpat. Jika dimasukkan Raja kayu walaupun bersaiz kecil ke dalam air, ia akan tenggelam seperti batu.

Raja kayu hanya ada dua jenis; merah dan putih. Jika dibakar, raja kayu ini akan cair meleleh seperti kemenyan dan tidak akan menghasilkan abu seperti kayu lain.

Masyarakat orang asli selalu mencari damar dari jenis pokok ini untuk pelbagai kegunaan. Masyarakat orang asli jarang jatuh sakit sedangkan mereka tinggal di hutan. Kayu dan akar dari hutan kitalah yang memberikan mereka segala keajaiban dan ubat-ubatan.

Serbuk Raja Kayu jika digosok pada kulit akan meresap ke dalam kulit. Ia mempunyai berbagai khasiat terutamanya penyakit kulit dan digunakan untuk mengurut. Berikut adalah antara khasiat dan kegunaan Raja Kayu :

Urut Badan

1. Ambil serbuk raja kayu (kikis raja kayu atau diasah pada buntut pasu untuk mendapatkan serbuknya), campur kedalam apa-apa jenis minyak urut, kemudian ambil sepotong raja kayu.

2. Bakar kayu tersebut bersama minyak urut yang telah dicampur serbuk raja kayu tersebut (gunakan periuk). Raja kayu akan mengeluarkan damarnya ketika dibakar lalu akan bercampur dengan minyak urut.

3. Tunggu sehingga minyak urut itu suam sedikit tetapi jangan sampai sejuk kerana damar akan mengeras.

4. Gunakan untuk mengurut. Permata Cincin Bahagian Raja kayu ni kalau nak dibuat permata cincin adalah bahagian teras atau pun mata kayu yang terdapat pada Raja Kayu. Raut perlahan-lahan kerana kayu itu mudah pecah.

Gigitan Serangga

Gosok serbuk raja kayu ditempat yang kena sengat. Kesannya dalam setengah jam.

Masalah Dalam Badan

Antara kegunaannya adalah masalah dalaman badan seperti cirit birit, muntah, resdung, lelah, darah tinggi, kencing manis, darah tinggi, keracunan makanan, perut memulas, kebas kaki tangan, mata rabun, resdung, penat, lelah, sakit sendi, sakit pinggang, lemah tenaga batin, buasir, perempuan turun darah, terlekat uri, sakit tengkuk, termakan racun dan muntah-muntah. Cara menggunakannya hanya merendam Raja Kayu ke dalam segelas air panas selama 10 minit.

Amalkan setiap pagi dan malam untuk kesihatan badan. Jika digunakan secara berterusan dengan cara ini, Raja Kayu akan dapat bertahan selama setahun setengah.

Wallahua’lam….

About these ads

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Khasiat raja kayu

  1. cvkal says:

    Kami menjual secara rutin berupa kayu yang sangat langka. Kayu ini dapat ditembus oleh cahaya secara alamiah dalam ketebalan kayu 2-3 cm, dan cahaya menjadi merah ketika terbias.

    Kayu ini sangat cocok untuk ornamen, carving, biji tasbih, dan aroma terapic jika dibakar.

    Adapun speknya sbb:
    – Size bebas min. tebal 2 cm
    – Kayu tidak retak/pecah (utuh)

    Selain itu kami juga menjual:
    – Gaharu tenggelam air (shink aloeswood)
    – Rough gemstones (chrysopal,soft nephrite,gray softstone, quartz stone)

    Jika anda berminat,silahkan hubungi saya.

    Herry
    +6285395031314

  2. ema says:

    u nak jual ke kayu ni…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s