Stor kayu bermutu tinggi dari runtuhan istana dan mahligai lama

Ini adalah gambarfoto stor kayu bermutu tinggi dari runtuhan istana dan mahligai lama. insyaalah bila ada masa nanti saya akan mengenali jenis kayu yang bermutu tinggi yang digunakan untuk membina Istana dan mahligai dizaman dahulu untuk kita kongsikan bersama. Kerja untuk mengeluarkan jenis kayu tertentu dari susunannya (yang dikehendaki) untuk digambari perlu memakan masa. Jenis kayu bermutu tinggi adalah terlalu berat.

Posted in Uncategorized | 3 Komen

Cincin harta karun Dukun Asmara

Saki baki cincin ini saya sebut sebagai harta karun kerana ianya diperolehi daripada alam ghaib. Sauatu masa dulu saya memperolehi berbelanga langa (periuk) dari alam bunian. Kerana tidak terpakai banyaknya cincin tersebut saya hadiahkan kepada setiap tetamu yang berkunjung kerumah saya.

Setelah saya melayari Karimon’s Blog barulah saya tahu cicin yang diperolehi dari alam ghaib adalah sangat berharga. Maka saya tidak lagi memberikan cicin tersebut kepada tetamu, malangnya cicin tersebut hanya maseh tinggal tak sampai setengah belangga seperti gambar diatas.

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Pokok Tampu

Intri Pokok Tampu tampu ini saya kirimkan khusus untuk Sahabat saya yang dikasehi Tuan Daus. pokok Tampu ini mungkin jarang diambil peduli jika kita ketemui kerana tidak banyak kepentingannya pada kehidupan kita hari ini. Pada zaman dahulu Pohon Tampu ini sangat terkenal kepada Pandai Kayu yang membuat sarung senjata separti golok, parang, keris dan sebagainya. Getah pohon tampu di gunakan sebagai gam untuk mencantumkan kayu dan gerah bijinya sebagai gam untuk mencabut bulu ketiak atau kemaluan.

Tuan Daus adalah seorang pengusaha permata kayu ditanah air sangat memerlukan pengetahuan mengenai getah tampu ini untuk dijadikan gam, kerana selama ini beliau hanya mengunakan Gam cap Gajah, kuda dan unta untuk mencantumkan batu cincinnya. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pokok Tampu ini bolehlah kita kongsikan bersama untuk membantu Tuan Daus menjadi saudagar cincin permata kayu suatu hari nanti.

Sesiapa yang ingin mengenali Tuan Daus lebih dekat lagi bolehlah melayari weblonya menerusi pautan dibawah ini.

http://akuinginbelajarlagitolonglahaku.blogspot.com/

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Teras kayu pengubat gatal Dukun Asmara

Alat ini biasa digunakan untuk mengaru kegatalan kulit dibahagian belakang tubuh badan.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Teras kayu jiwa dan raga dukun asmara

Pada asasnya teras kayu ini adalah untuk menyatakan keadaan jiwa dan raga, bagaimana pun maseh banyak lagi rahsia yang tersurat dan tersirat pada ukiran kayu ini. Ukiran jiwanya diperbuat daripada hati kayu, diantara khasiat hati kayu boleh membakar hati mereka yang ingin menjadi pemberi komentar tegar di Karimon’s Blog untuk menguji kewibawaan dan kesabaran mereka samada tegar atau tidak.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kolam Mandi Asmara Pakcikli

Gambaroto ini adalah Kolam Mandi Asmara Pakcikli yang sedang dibina semula. Kolam mandi ini perlu dibina semula setelah dicemari hantu jembalang tanah. Binaan kolam ini memerlukan batu sungai lebih dari 10 tan. Dindingnya dari banir teras kayu terpilih. Di kelilingi pokok tumbuh tubuhan untuk merawat tenaga batin. Rakan tolan yang pakcikli pelawa bermandia di kolam asmara ini sering tidak sabar untuk pulang kerumah menemui isteri walau pun pada waktu siang hari. faham faham saja le.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kepala Hantu Jembalang Tanah

Objek teras kayu ini diberi nama Kepala Hantu Jembalang Tanah kerana dipeolehi dari dalam tanah. Air mata hantu ini sangat mujarap untuk mereka yang suka bermain mata atau yang banyak Mata Air.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen