ALLAH tidak pernah mencipta sesuatu di dalam alam ini dalam keadaan sia-sia atau tiada manfaat. Hanya ilmu manusia yang masih cetek dalam mencari rahsia alam ini. Begitu juga dengan batu batan ciptaan Allah, mempunyai rahsia tersendiri. Pada zaman Nabi Muhammad saw, wanita memakai gelang diperbuat daripada bahan-bahan rempah ratus Kerana percaya ia ada khasiat tertentu. Oleh itu, memakai gelang kristal kerana mahu mendapatkan khasiat yang ada padanya adalah harus. Yang haram ialah memakainya dengan niat menjadikannya sebagai tangkal yang dipercayai boleh menolak bala atau mendatangkan laba.
1. PENGENALAN
Dalam agama Islam batu yang paling terkenal, adalah batu hitam dari mekah yang di sebut Hajar Aswad. Di katakan pada mulanya batu ini berwarna putih bersih dan menjadi hitam kerana dosa-dosa manusia.Tetapi di percayai di bahagian dalamnya masih putih berkilau.Di katakan ketika Adam dan Hawa turun ke dunia, sebuah batu istimewa mengikuti mengikuti bersama-sama mereka.Pada zaman Nabi Noh berlaku banjir besar,batu ini kembali ke Surga.Kemudian di beri kepada Nabi Ibrahim oleh malaikat Jibril.Nabi Ibrahim menempatkan pada satu sudut arah tenggara Kaabah di Mekah.Hajar Aswad akhirnya di ambil dari Mekah oleh orang “Karamiah”(sebuah sekte yang memutarbelitkan nilai-nilai fudamental Islam).Setelah dua puluh tahun di tangan mereka Hajar Aswad di kembalikan lagi.Batu ini juga di sebut sebagai Tangan kanan Allah dibumi. Sangat di hormati oleh orang muslim.
Pandangan sekilas terhadap sejarah kristal cukup untuk memunculkan gambaran pola global kepada sesuatu kepercayaan.Kristal adalah ciptaan Tuhan yang tercantik yang menggabungkan warna dan bentuk. Kristal mempunyai corak tenaga yang unik yang membolehkan kita merawat dan menseimbangkan diri kita. Sejak beribu-ribu tahun dahulu manusia telah menggunakan tenaga penyembuhan kristal ini . Tenaga kristal ini terlalu kuat dan potensinya untuk menyembuhkan penyakit tidak boleh dipandang ringan. Tenaga kristal yang dinamik ini adalah hasil daripada kombinasi dari ciri-ciri fizikal dan metafizikal kristal tersebut yang mana mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menerima tenaga yang terpancar dari dalam bumi (dalam masa 200 juta tahun dahulu) yang membolehkan proses kebolehan penyembuhan kristal tersebut.
Secara teorinya, apa yang membuatkan kristal tersebut berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga yang diingini adalah disebabkan oleh grid kristal. Grid adalah pembentukan garisan-garisan yang membentuk satu tenaga kuasa yang kuat (Life Force energy). Grid kristal adalah sangat effektif di dalam mencapai hasil yang dikehendaki bergantung kepada tenaga yang kuat di dalam kristal dan apa program yang telah diprogramkan ke atas kristal untuk mencapai sesuatu tujuan.Program kristal ialah satu cara yang digunakan untuk memancarkan aura pada kristal,Krista akan membelah cahaya aura (sebagai mana segi tiga prisma membelah cahaya matahari kepada tujuh cahaya utama yang merupakan cahaya asas kepada pelangi) untuk menseimbangkan aura tubuh manusia.Hasilnya keseimbangan akan wujud dalam tubuh manusia.
Satu daripada kegunaan grid kristal adalah untuk mengeluarkan tenaga positif (sheng qi) kedalam persekitaran kediaman kita. Ini adalah untuk mengubah dan mengekalkan tenaga (feng-shui) kawasan tersebut. Tambahan pula grid kristal akan membawa Kuasa Hayat (Life Force) ke dalam kawasan persekitaran.Ramai manusia purba menggunakan kuasa kristal ini. Pada masa sekarang manusia menggunakan kristal untuk tujuan pembelajaran, alat untuk keceriaan dan alat penyembuhan.Bilakristaldiletakkan di atas komputer, kristal adalah berguna untuk melindungi pengguna komputer daripada pemancaran radiasi yang amat menyakitkan dari komputer tersebut.
2. RAWATAN KRISTAL
Saya menggalakkan pesakit saya meletakkan kristal mereka di dalam segelas air pada masa tidur. Selepas meletakkan kristal tersebut semalaman, mereka meminum air tersebut. Banyak yang mendakwa bahawa bahawa mereka mendapat tenaga yang baru dan kelebihan yang lain setelah meminum air tersebut. Hubungan energy alam raya dangan manusia dikenali sebagai cakra.Dengan meimbangi energy di cakra ini akan menghasil kesembuhan terutama pada organ yang berkaitan dengan cakra terbabit.Kebanyakan kristal quartz datangnya dari Arkansas atau Brazil yang mana yang datang dari Brazil adalah yang paling tua. Kristal tersebut adalah jernih, hampir kelihatan seperti gelas dan mempunyai tenaga yang berputar laju.
Otak manusia mengandungi silika quartz yang membenarkan ia menyimpan cas elektrik dan membebaskan tenaga dan cahaya. Sistem tenaga manusia mempunyai ciri-ciri pengubahsuaian yang sama dengan kristal quartz.Untuk mengisi tenaga mengambil masa kristal 3/4 hari. Sebelum mengisi tenaga kristal, tiap-tiap satu kristal akan dibersihkan dengan air garam, kemudian akan diisi dengan tenaga bergantung kepada pesakit yang akan dirawat. Teknologi moden menggunakan kristal di dalam berbagai-bagai produk termasuk komputer, alat ultra sounds, jam tangan, sistem komunikasi, teknologi laser dan lain-lain lagi. Ini disebabkan kristal boleh menyimpan, menguatkan, mengubah, memfokus dan memindahkan tenaga. Ini dikenali sebagai kesan Piezoelektrik.Oleh sebab ciri-ciri kristal yang disebutkan diatas, maka kita boleh gunakan kristal untuk diri kita sendiri untuk membaikpulih diri kita sendiri — mungkin untuk kesihatan fizikal kita, mengimbangkan emosi, menjernihkan mental dan memfokuskan kerohanian kita.
3. KRISTAL DAN REIKI
Bila penyembuhan menggunakan kaedah kerohanian seperti reiki dan sebagainya menggunakan tenaga dalaman, penyembuhan yang sebenar menjalani proses di dalam pusat cakra. Proses ini membawa kepada ketidakstabilan emosi dan mental.Tindakbalas ini perlu diberi perhatian dan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi serta kesan trauma sebenarnya yang telah berakar umbi perlu dicari untuk membolehkan rawatan penyembuhan yang efektif berlaku.
Bagaimanapun, pesakit tidak dapat mengetahui kenapa dirinya merasa terganggu ataupun tidak mengetahui apa yang perlu dibincangkan. Memang betul bahawa semua orang tidak mudah untuk membuka rahsia hati masing-masing kepada orang luar atau orang asing. Selaluya nasihat daripada pakar kaunseling juga tidak mereka endahkan.
Semasa penyembuhan menggunakan kaedah reiki, ada beberapa orang yang menunjukkan kesan-kesan tekanan emosi. Oleh itu untuk menghindari masalah ini, kaedah rawatan kristal adalah salah satu alternatif terbaik. Ini berdasarkan pengalaman perawat reiki sendiri yang memasukkan kaedah rawatankristalsemamsa membuat rawatan reiki.Kesan yang diperolehi amatlah menggalakkan. Oleh itu kaedah kristal juga sesuai untuk mana-mana rawatan alternatif tidak hanya untuk rawatan reiki sahaja bagi membantu pesakit menenangkan diri mereka.
Di sini ditunjukkan cara menggunakan kristal sebagai kaedah rawatan yang membantu rawatan alternatif yang lain. Selepas sesi rawatan, kristal akan dipegang oleh pesakit untuk memasukkan getaran – getaran tenaga kristal akan membuka satu lagi rantai dalam proses rawatan.
Getaran kristal ini akan menggalakkan perawat menanyakan emosi pesakit semasa memegang kristal tersebut dan memori yang terkandung di dalam hati mereka akan timbul. Ini adalah satu rantai yang dapat menyembuhkan pesakit tersebut dengan cara memahami emosi pesakit tersebut dan masalah pada mental mereka. Ini membolehkan kejayaan yang cemerlang dalam sesi rawatan. Dalam sesi terakhir memegang kristal, kita bukan sahaja dapat mengetahui punca penyakit tetapi juga kita dapat mengetahui faktor-faktor lain yang terlibat sama dalam penyakit yang dideritai oleh pesakit tersebut. Pesakit juga dapat mengetahui jalan bagaimana untuk menyembuhkan diri mereka sendiri.
4. KRISTAL, MIMPI DAN CINTA
Dalam tradisi suku kaum Senoi, kristal Herkimer diguna kan sebagai batu mimpi untuk melindungi mereka selama tidur dan membantu untuk mereka mengingati mimpi.Perlu kita ingat bahawa bagi, suku ini mimpi merupakan suatu yang penting dan harus di ingati sebagai satu pertunjuk. Kristal jenis ini amat baik untuk mereka yang sama sekali tidak dapat mengingati mimpi. Kristal Herkimer dapat membantu keseimbangan dengan membawa apa yang ada dialam bawah sedar_kepada kesedaran sejati.Kristal kuarsa merah muda juga berperanan seperti yang di sebut di atas dengan meletaknya di bawah bantal akan akan membantu mengingati mimpi sekaligus menghindari mimpi buruk.
Berbalik kepada suku Senoi ada satu kisah yang menarik.Ceritanya mengenai seorang ibu dan anak perempuanya.Ceritanya begini seorang ibu telah mengalami sakit yang menyebabkan dia tidak dapat berjalan.Ibu ini dari suku senoi yang menetap di pendalaman pahang.Suatu hari anak gadisnya bermain di sungai sambil mengutip batu-batu sungai untuk di bawa balik kerumah.Sampai di rumah batu-batu itu di ambil oleh si ibu tadi lalu di sembunyikan di bawah bantal.Pada malam harinya ibu tadi telah bermimpi dapat melihat tempat dimana batu sungai itu berasal.Beliau juga dapat melihat dengan jelas apa yang di laku kan oleh anak tadi.Beliau pun menceritakan pada anaknya tentang mimpinya itu,anak itu mengesahkan benar apayang di ceritakan oleh ibunya.Teknik ini adalah semacam”psikometri mimpi” mempunyai kemungkinan penggunaan yang menarik sebuah variasi dari teknik yang di ceritakan di atas dapat di gunakan untuk menimbulkan mimpi pertemuan dengan orang yang dicintai.
Dua sahabat atau kekasih saling menukar kristal pada saat mereka berpisah,kemudian dengan memegang kristal orang yang di cintai ketika mereka tidur atau meletakkan di bawah bantal.Mereda dapat membawa gambaran orang tersebut dalam fikiran.Kesimpulanya selain dari kegunaan penyembuhan kristal juga dapat mengeratkan kasih (pengasih).Dengan cara membeli kristal,basuh dengan air garam,berikan aura cinta pada kristal lalu hadiahkan kepada orang yang ingin kita pikat.Mudah, tanpa perlu korbankan akidah anda.
KEAJAIBAN BATU PERMATA & KRISTAL APABILA DIGUNAKAN TEKNIK YG BETUL
Ramai lelaki dan wanita memakai batu permata bersama cincin, rantai leher, gelang kaki dan tangan. Namun jarang orang mengetahui kelebihan dan manfaatnya terutamanya apabila digunakan dengan teknik yg betul. Keajaiban batu permata & kristal telah diketahui semenjak Zaman Batu (Dan Permata!).
Bangsa Lemuria dan Atlantis menggunakannya untuk melakukan keajaiban-keajaiban yang tidak dapat difikirkan oleh ahli-ahli sains sehingga sekarang seperti mengangkat batu-batu besar yang berat dengan menggunakan kuasa yang tersimpan di dalam kristal, memanipulasi dan menguasai fikiran orang lain malah menyimpan sejarah bangsa mereka di dalam batu kristal bukannya di dalam buku !.
Anda kata mustahil? Tahukah anda bahawa maklumat-maklumat pada zaman sekarang disimpan di dalam cip-cip komputer misalnya kad ATM, kad pengenalan pintar (smart card), kad handphone dan sebagainya. Cip-cip itu pula dibuat daripada sejenis bahan yang terdapat di dalam batu kristal iaitu silikon atau silika! Setelah kad-kad tadi diimbas maka maklumat yang tersimpan di dalamnya dapat dibaca menerusi mesin ATM (semasa mengeluarkan wang), handphone dan mesin pengimbas.
Di Amerika Syarikat pula pusat IT (teknologi komputer & maklumat) merupakan kawasan yang paling elit dan tercanggih dikenali sebagai Lembah Silikon atau Silicon Valley! Sekarang Kerajaan Malaysia sedang berusaha menjadikan Cyberjaya maju seperti Lembah Silikon.
Manfaat batu permata apabila digabungkan dengan betul boleh menghasilkan berbagai kelebihan antaranya –
1. menyembuhkan berbagai-bagai penyakit yang berpunca daripada fizikal, emosi, mental dan rohani;
2. menarik kemakmuran, kemewahan dan kekayaan;
3. menguatkan ingatan jangka panjang;
4. meningkatkan kesabaran dan toleransi;
5. meningkatkan intuisi;
6. menajamkan kreativiti;
7. meningkatkan spiritual;
8. menarik wang dan rezeki;
9. memberikan tenaga kepada tubuh fizikal;
10. dan banyak lagi.