Keris Picit



assalamualaikum saudara karimon,baru2 ini hati saya tertarik dengan kesenian keris dan dikatakan masih baru mengenai dunia perkerisan ini.cuma terdetik di hati kecil saya mengenai kisah2 & sejarah yang sering diperkatakan oleh segelintir golongan yang mengatakan keris merupakan senjata yang boleh membawa mudarat pada pembawanya.tetapi saya ini merupakan seorang yang berhati kental dengan sesuatu yang diingini dan boleh dicapai iaitu duit.masalah yang saya hadapi sekarang ialah penerimaan keluarga terhadap keris yang ingin saya miliki.niat saya baik iaitu ingin melindungi seisi keluarga daripada bahaya yang tidak diduga.saya mempunyai anak yang baru berusia 4 bulan,persoalaannya sekarang adakah keris yang ingin saya miliki ini boleh mengganggu anak dan keluarga saya dan apa pula pandangan ahli keluarga lain terhadap minat saya ini? sepekara lagi saudara karimon,benarkah keris2 lama ini tidak akan berkarat? kerana melalui penceritaan kawan saya bahawa keris2 lama ini tidak akan berkarat.tetapi melalui pembacaan saya dan fikiran logik akal,saya berpendapat bahawa besi ini jika disimpan,lama kelamaan akan berkarat.mungkin ada sesetengah besi lama yang saya tidak ketahui tidak akan berkarat walau ditelan masa… boleh saudara karimon membantu saya dalam menyelesaikan kekusutan yang saya alami ini? jika ada kelapangan masa saya akan mengirimkan gambar keris yang ingin saya miliki ini kepada saudara karimon. – Isa

Kata2 tentang keris yang boleh membawa mudarat pada pembawanya adalah tidak boleh diguna pakai.Pisau dapor dan pisau cukur pun boleh memudaratkan .Falsafah keris ialah ianya bukan senjata untuk membunuh walaupun kita dapat kategorikan ia sebagai satu senjata.Ya memang saya tidak menafikan ada juga keris yang bersifat hitam kerana ianya di isi atau digunakan secara yang tidak baik atau betul.Sila saudara beritahu saya sedikit sebanyak mengenai keris itu dan kirimkan gambarnya pada email saya di karimon_blg@hotmail.com.tentang kenyataan tidak berkarat itu tidak benar hukum besi maka karat itu sebabnya keris juga perlu dicuci bagi menghilangkan karatnya atau menghindar dari karat,tetapi terdapat juga keris yang tidak berkarat bergantung pada jenis logam yang digunakan,dahulunya saya mempunyai sebilah keris lok 3 yang diperbuat dari tahi bintang serta campuran nikel dan rupa besinya seperti aloi dan steel dan sejak beberapa tahun saya simpan ianya tidak berkarat tanpa perlu dirawat.Jika saudara mahu memiliki keris bagi melindungi keluarga saudara ianya tidak salah tetapi banyak senjata lain yang boleh saudara gunakan untuk melindungi keluarga saudara tidak semestinya keris,melainkan jika keris itu telah diberi isian untuk tujuan tersebut.Penerimaan keluarga saudara terpulang pada saudara untuk menyakinkan mereka,katakan ianya adalah hobi baru saudara,saya mempunyai teman seperti Bapak I Wayan Tantre orang Bali yang pandai membuat keris dan kolektor keris,pak Hidayat dari Surabaya yang memiliki hampir 3 ribu koleksi keris dan Alan Maisey seorang Australia yang juga mempunyai hobi mengumpul keris dan belum pernah mereka diganggu oleh keris milik mereka.Jika saudara ada kelapangan dan ingin mengetahui tentang keris hubungi saya di talian 013 3601760.Wassalam

Karimon

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s