Mestika (Geliga) Embun



Alat kebesaran ini merupakan sati tangkal azimat yang dipersembahkan oleh Tok Seri Nara diRaja kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak, semasa istiadat pertabalan. Apabila Raja Muzaafar ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama, disatu tempat yang bernama Tanah Abang pada tahun 1528, Tun Perabu atau juga dikenali sebagai Tok Puan Puteh dan setelah meninggal dunia dipanggil Tok Temong, telah datang ke istiadat pertabalan tersebut dengan diiringi oleh tujuh puluh ekor gajah dari Hulu Perak untuk mempersembahkan Mestika Embun ini kepada Sultan.

Sebagai balasan Sultan Muzzaffar Shah telah menghadiahkan kepada beliau dengan Puan Bujur tetapi baginda menolak. Sebaliknya beliau telah memohon agar Baginda Sultan memperkenankan beliau untuk terus memerintah daripada Temong hingga ke Hulu Sungai Perak dan meminta agar Sultan dan semua Sultan-Sultan yang mewarisi talhta Kesultanan Perak menghadkan kawasanya ditebing sebelah kiri Sungai Perak sahaja. Sultan Muzzaffar Shah telah bersetuju dengan permintaan ini. Namun demikian adat tradisi ini telah dipecahkan oleh Sultan Idris, Sultan Perak yang ke 28 apabila baginda membina sebuah istana ditebing kanan Sungai Perak.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Mestika (Geliga) Embun

  1. khairul says:

    aslkum malaysia,saya minat geliga embun,saya ada soalan,benarkh geliga embun ini hilang dlm gelas berisi air?saya ada mustika air ataupun di gelar geliga air,bentuknya mcm titisan air dan sekarang sudah beranak 1,uniknya mustika air ini sentiasa basah bila kita genggamnya.wksalam

  2. buyung says:

    saya mempunyai namanya geliga AIR apa khasiatnya dari batu tersebut

  3. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Tuan Buyung, Geliga air biasanya terbentuk daripada memeral dalam air yang bertakung seperti dalam buluh, dicelah batu atau dalam apajua pembentung air.

    Biasanya geliga air berwarnana putih, jika mengikut sifat air, geliga air boleh membentuk sifat sejuk, bijak dan sabar.

    Wasalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s