Pedang Zulfaqor (Dhu al Faqar)



Saidina Hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina Ali dimana mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri.

Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan arwah ayahnya dan baginda.

Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu al-Faqar itu di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda peninggalan saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di zaman Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh anaknya saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak mencecah ke bumi.

Apabila saidina hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya saidina hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. Apabila melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala adiknya saidina hussain yang kepalanya telah terpenggal, saidina hassan telah mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan hanya menggunakan pedang ayahnya itu.

Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu. Apabila Allah melihat ramai yang telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa saidina hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya.

Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Pedang Zulfaqor (Dhu al Faqar)

  1. Nubuwuah says:

    salam

    Seingat saya saidina Hassan telah pun dahulu wafat kerana minuman bagida dibubuhi racun sebelum perang Karbala terjadi…

  2. Husein says:

    inilah orang bodoh menulis sejarah, gambar itu bohong, mohon di pelajari dulu sungguh2 sebelum menulis tentang sejarah islam… bodoh kali ini orang..!!!

  3. pakcikli00 says:

    Kamu ni yang menuduh orang bodoh jenis Islam apa ?.

  4. cucu says:

    assalamualaikum husein,

    jika anda seorg yg pandai sejarah dan islam pd zahirnya,bukan bergitu caranya utk beri comment.Apa anda tak baca ke apa yg ditulis sebelahnya.
    kesian saya melihat anda kerana menjadi org yg kureng pandai buat selama-lamanya.tanpa bertanya dulu!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s