Kayu Tas Pontianak atau Limpanas



Banyak orang di semenanjung Malaysia yang biasa mendengar nama kayu Tas. bagaimana pun kayu Tas jenis Pontianak atau di Borneo di sebut Limpanas, Ujan panas dan Lakum ini adalah sangat sukar ditemui.

Kayu Tas terdiri daripada jenis jantan dan betina atau laki dan bini. Jenis jantan berwarna hitam dan yang betina berwarna putih. Cara untuk mengenali kayu Tas ialah apabila kulit pokok kayu ini dibakar ia akan mengeluarkan asap berbau wangi macam bau setanggi.

Bagaimana pun keistimewaan kayu Tas Pontianak adalah mempunyai sifat jantan dan betina, sebab itulah ia sangat sukar untuk di temui. Jika dalam seribu batang kayu Tas untuk mendapat sebatang kayu Tas pontianak pun agak sukar.

Mengenai khasiat kayu tas yang biasa kita dengari kayu Tas jantan adalah sangat di takuti oleh binatang buas. Kaum Penan biasanya membakar kulit kayu Tas betina untuk menghindari dari gangguan makhluk halus. Satu lagi khasiat pohon Tas yang jarang di ketahui umum, jika daun pohon kayu Tas betina dibakar disiang hari, hujan akan berpindah ke tempat lain.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Kayu Tas Pontianak atau Limpanas

  1. azizah says:

    apakah di johor bahru, di pasar seni, ada di jual?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s