Binaan batu piramid kaum Maya



SUATU hari pada 909 Masihi, tanpa sebab jelas, 80 peratus bangsa kuno Maya tiba-tiba hilang, tidak hanya meninggalkan kuil yang belum selesai dibangunkan, bahkan sejumlah besar balairung dewa dan bangunan model raksasa semuanya ditinggalkan begitu saja, terbenam dalam runtuhan tembok.

Semua aktiviti di pusat pemujaan juga terhenti. Sejak itu, kebijaksanaan nenek moyang mereka lenyap dengan sangat cepat dan bangsa Maya yang tertinggal mula berubah menjadi buta pengetahuan manakala moralnya merosot.

Demikian antara laporan penyelidik selepas meninjau kawasan kota Maya yang wujud secara misteri di tengah hutan belantara selatan Mexico.

Selama hampir 1,000 tahun, tiada siapa menyangka di tengah belantara tebal benua Amerika itu, tersembunyi sebuah kota misteri yang begitu hebat tamadunnya. Hanya pada 1839, seorang penulis Amerika Syarikat (AS), John Lloyd Stephens yang ditemani jurupandu tempatan, menjumpai semula kota yang hilang itu ketika melakukan ekspedisi meredah belantara berkenaan.

Selepas lama dikelilingi pohon hutan dan belukar, tiba-tiba saja di hadapan mata lelaki terbabit terpampang pelbagai bangunan besar yang hebat reka bentuk dan seni binanya.

Bagaimanapun, beliau kemudian mendapati sesuatu yang aneh; tiada penduduk yang dijumpai di sekeliling kawasan berkenaan – kota hebat di tengah hutan terpencil dan sepi itu ditinggalkan tidak berpenghuni begitu lama.

Sejak itu bermula misteri membabitkan suku kaum Maya. Kajian demi kajian dijalankan di kawasan itu yang kemudian membongkar pelbagai cerita besar berhubung kewujudan kaum Maya.

Penyelidikan mendapati kaum Maya mengasaskan satu tamadun amat hebat serta meneroka pelbagai rahsia bidang ilmu, walaupun zaman kewujudan mereka ketika itu dianggap zaman kuno.

Bagaimanapun, di sebalik kekaguman kumpulan penyelidik itu, terselit teka-teki yang membingungkan pada minda masing-masing – mengapa selepas mengasaskan satu tamadun yang hebat, secara tiba-tiba saja penduduk Maya ghaib?

Kaum Maya, ketika kewujudan mereka dikatakan menemui pelbagai rahsia ilmu pengetahuan yang sangat berharga kepada dunia. Bagaimanapun, penjajahan Sepanyol di Amerika Selatan pada abad ke-16 menyebabkan segala ilmu itu lesap apabila kitab catatan ilmu warisan kaum Maya sebelum mereka menghilangkan diri, dibakar penjajah itu.

Tindakan itu satu kerugian besar untuk dunia memahami pelbagai rahsia alam yang disingkap kaum Maya. Kini ilmuwan yang menyelidiki kebudayaan Maya hanya mampu menggambarkan secebis kehebatan bangsa itu berdasarkan beberapa potongan naskhah kuno yang terselamat dan berjaya dikumpulkan.

Antara penemuan menakjubkan di kota misteri itu ialah pelbagai binaan berasaskan batu raksasa, reka bentuk kota, sistem tulisan, ilmu pengetahuan selain karya seni bangsa Maya yang amat tinggi, jauh melebihi kehebatan teknologi masa kini.

Di kota misteri itu turut dibina piramid yang kini menjadi piramid kedua popular selepas piramid di Mesir. Di sekeliling piramid Maya masing-masing memiliki empat tangga dengan jumlah anak tangganya adalah 365 tapak iaitu menyamai jumlah hari dalam setahun.

Keadaan itu menunjukkan yang kaum Maya sudah mengkaji ilmu astronomi malah terdapat banyak catatan angka di dalam mahupun di luar bangunan yang berhubung hukum peredaran objek di langit.

Sebuah balai cerap yang hebat turut dibina di kota itu sehingga kajian mendapati fungsi yang terdapat dalam balai cerap kaum Maya menyamai balai cerap moden.

Seterusnya timbul pula misteri mengenai kaedah pembinaan bangunan hebat di kota misteri itu kerana batu yang digunakan dalam proses pembinaan adalah amat besar dan beratnya puluhan tan.

Bagaimana batu besar yang begitu banyak serta berat itu diangkut dari satu kawasan jauh untuk masuk ke dalam hutan sehingga ke kawasan kota itu?. Dengan peralatan atau teknologi bagaimana suku Maya mampu menyusun batu-batu berkenaan sehingga mampu membina piramid dan bangunan yang hebat?

Berdasarkan penemuan arkeologi, penyelidik menganggap keagungan tamadun kaum Maya terbentuk secara perlahan-lahan sejak 2000 Sebelum Masihi (SM) hingga tahun 250. Daripada tahun 250 hingga tahun 900, mereka memasuki era kegemilangan dengan abad ketujuh hingga kelapan menyaksikan kaum Maya hidup sangat makmur dan sejahtera.

Seterusnya pada tahun 900 iaitu selepas mencapai puncak peradaban, hampir seluruh kaum maya ghaib secara misteri meninggalkan kota itu tidak berpenghuni lagi. Suku kaum yang masih tinggal dikatakan sudah merosot moral dan menjadi jahil.

Meskipun terdapat sejumlah dokumen yang dijumpai, sangat sukar bagi penyelidik memastikan apakah punca yang menyebabkan suku Maya ghaib. Hanya hipotesis yang mampu dikemukakan tetapi punca sebenar kemusnahan tamadun Maya dan kehilangan penduduknya terus kekal dalam misteri.

FAKTA: Kaum Maya

Antara teori kaum Maya hilang ialah bencana alam seperti banjir, gempa bumi, taufan, wabak penyakit, keracunan, kebuluran, bunuh diri secara beramai-ramai; peperangan iaitu pemberontakan kaum petani serta serangan musuh; pembakaran hutan berulang kali untuk bercucuk tanam mengakibatkan tanah gersang dan kemarau.

Ramai memikirkan bahawa kesenian kaum Maya menerusi ukiran dan lukisan adalah tercanggih dan tercantik antara kesenian silam. Ukiran dan lukisan patung amat halus
Sistem tulisan kaum Maya (hieroglyphics) amat unik dan pelik sehingga penyelidik mengambil masa puluhan tahun untuk memecahkan kod tulisan dan memahami tulisan mereka.

Sudah maju dalam ilmu matematik. Mereka menggunakan konsep sifar, menggunakan sistem nombor asas 20, membuat pengiraan sehingga beratus juta.

Menghasilkan pemantauan astronomi yang amat tepat; peta pergerakan bulan dan planet setaraf atau lebih baik berbanding sebarang kebudayaan yang melakukan pencerapan menggunakan mata kasar. Pengiraan Maya terhadap tahun matahari adalah lebih baik berbanding takwim Gregory.

Piramid kaum Maya berbeza daripada piramid Mesir, piramid Maya lebih rendah, disusun daripada batuan raksasa berwarna kelabu dan putih dan di puncaknya ada balairung untuk memuja dewa.

Tahukah Anda bahwa langkah-langkah kaki peziarah yang mendaki tangga sebuah piramid bangsa Maya akan terdengar seperti tetesan air hujan, sedangkan tepukan-tepukan tangan akan berubah menjadi suara cericit burung?

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Binaan batu piramid kaum Maya

  1. domm says:

    ap nie…..anda kate pd thn 909 Masihi kaum maya hilang,pastu hg kate anak tangga ade 365 same dgn 1 tahun……..wahal….hg kate binaan x siap…what this…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s