Meriam Buloh

Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.

Sesebuah meriam buluh biasanya terdiri daripada sebatang buluh yang besar serta campuran kalsium karbida dan air. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran kalsium karbida dan air di dalam buluh menghasilkan asetilena, gas yang mudah meletup. Gas asetilena akan meletup apabila didedahkan kepada api. Letupan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan teruk jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

Minyak tanah juga digunakan sebagai bahan api. Kurang daripada secawan (lebih kurang 200 ml) minyak tanah panas dibubuh di dalam lubang kecil pada meriam buluh. Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat. Biasanya, buluh yang digunakan berdiameter antara 4 hingga 6 inci serta panjangnya antara 4 hingga 5 kaki.

Oleh kerana buluh yang digunakan tumbuh secara semulajadi, ia tidak mempunyai kekuatan yang sekata. Dengan itu tidak terdapat jaminan buluh yang digunakan mampu bertahan dengan letupan yang terhasil, maka ia mampu pecah meletup. Ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang merbahaya kerana buluh akan berderai akan terpercik seperti lidi dan selumbar. Itu tak termasuk bahanapi yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi.

Sesetengah orang akan membalut meriam buluh tadi ketat-ketat dengan tiub basikal. Ini dilakukan pada tiga atau empat tempat penting. Antaranya adalah di bahagian muncung, tengah dan pangkal. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi balutan itu, buluh itu akan di ikat pula dengan beberapa kali lilitan dawai kasar.

Kesannya, apabila buluh mulai lemah, ia akan remuk sendiri akibat dari kesan menjerut tiub basikal itu sebelum ia sempat meletup. Sekiranya ia meletup sekali pun, kebiasaannya buluh akan meremuk terus kerana jerutan tiub basikal tadi. Dawai itu pula akan menghalang tiub basikal dari meregang banyak sangat dan menghembur serpihan orang sekeliling.

Bagaimanapun ini tidak mengurangkan bahaya melecur terkena api lampu kabaid.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Meriam Buloh

  1. Ais says:

    Pakciklioo, Macam sama pengalaman yg ditulis,saya dulu pun sering mengikat meriam buloh ni dengan getah tiub basikal dan dawai. Kadang-kadang putus juga kerana letupan yang kuat,berterabur lari….bab melecur ada juga la tapi tak teruk la. Kalau letupan terlalu kuat pecah pinggan mangkuk dirumah berdekatan dan siap la pulak kena kejar keliling kampong.

  2. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Ais, kalau boleh meriam buluh di ikat dengan dawai dan getah tiup basikal kerana keduanya saling melengkapi. Meriam dari batang betik lagi baik kerana tidak mudah pecah dan bunyinya bergempa bukan nyaring seperti meriam buloh, meriam tanah lagi kuat, boleh bergegar rumah dibuatnya. kalau boleh selagi ada pengetahuan yang saya ketahui ingin dinyatakan dalam internet untuk jenerasi masakini dan akan datang.

    Terima kaseh salam ceria selalu.

    • Ais says:

      Waalaikumsalam.

      Pakciklioo,

      Sebut pasai meriam batang betik dan meriam tanah ni, teringat dikejar oleh pak cik saya dengan parang dalam bulan Ramadhan kerana satu rak pinggan mangkuk pecah dan Al-Quran yg sedang dibacanya terlambong dan terpelanting dek kejutan bunyi meriam tanah tu. Disamping kerosakan kecil yg lain didalam rumah beliau. Alangkah nakalnya waktu tu…. benar Pakciklioo selagi ada apa-apa pengalaman dan pengetahuan dizaman remaja kita,eloklah dinyatakan untuk tatapan jenerasi masakini dan akan datang. Terima kasih atas ingatan lalu dizaman remaja suatu ketika dahulu…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s