FRIM hasil Tongkat Ali 3 kali lebih hebat

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya menghasilkan kandungan bahan kimia Tongkat Ali yang mempunyai khasiat lebih tinggi berbanding dengan Tongkat Ali yang tumbuh secara semula jadi.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, berkata bahan kimia itu diperolehi dari akar rerambut Tongkat Ali yang dihasilkan dalam makmal FRIM menerusi alat bioreaktor.

“Kekuatan bahan kimia Tongkat Ali jenis ini adalah tiga kali ganda lebih hebat,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma Ke-12 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, kaedah itu juga akan memendekkan tempoh masa untuk mengambil hasil Tongkat Ali.

“Dengan menggunakan bioreaktor, Tongkat Ali yang biasanya akan mengambil masa tujuh hingga lapan tahun untuk diambil akarnya, hanya akan mengambil masa enam bulan sahaja,” katanya.

Abd Latif berkata, menerusi kaedah berkenaan, keuntungan yang bakal diperolehi dari produk Tongkat Ali di negara ini yang kini bernilai kira-kira RM100 juta setahun, dijangka dapat ditingkatkan berlipat kali ganda.

– Bernama

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s