Batu tembuk Pudu Jel dijual RM 150 sekilogram



Sejak 1895. Setelah lebih 100 tahun menjadi landmark di ibu kota ini. Malam ini 21 jun 2010 tepat pukul 10 malam, warga kota bakal menyaksikan tembok pudu jel ni akan dirobohkan. Walaupun mami bukannya warga kuala lumpur sejati. Bukan asal nya orang kl, tetap merasakan satu kehilangan dan kerugian. Sayang betul. Satu lagi tempat bersejarah terpaksa akur kepada pembangunan bandar.

Mural di tembok yang pernah mencipta sejarah sebagai mural terpanjang di dunia sepanjang 384 meter akan terkeluar dari buku sejarah. Tidak bererti lagi.

Walaupun rasa seperti nak protes, dan percaya ramai lagi di luar sana yang sayangkan peninggalan sejarah sebegini. Tapi kita tiada pilihan.

Mesti malam ni ramai yang akan ke pudu untuk menyaksikan satu peristiwa bersejarah ini. Dan ada juga yang sudah mengiklankan kepada sesiapa yang nak beli tembok pudu jel pada harga RM150 sekilo. Apa saja kan asalkan boleh jadi duit.

MULUT dua buah jentolak itu dengan rakus memecahkan tembok tebal di hadapannya tanpa belas kasihan. Dalam sekelip mata tembok setinggi 4.5 meter itu runtuh menyembah bumi.

Sisa-sisa runtuhan yang terdiri daripada ketulan batu-bata itu kemudian berebut-rebut dikutip oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk dibawa pulang.

Tindakan itu ada asasnya kerana tembok tebal yang dirobohkan itu bukan sebarangan bangunan. Ia merupakan sisa tembok Penjara Pudu yang satu ketika dahulu menjadi ‘rumah’ kepada sejumlah penjenayah yang antaranya paling terkenal dalam sejarah perundangan di Malaysia.

Antara yang diingati sudah pasti Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, seorang ketua penjenayah bersenjata yang digeruni sekitar 1970-an. Dia akhirnya digantung sampai mati di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.

Seperti tamatnya riwayat hidup Botak Chin, begitulah juga yang akan dialami Penjara Pudu yang telah berusia lebih 100 tahun itu, apabila temboknya mula dirobohkan Isnin lalu oleh dua buah jentolak milik kontraktor Syarikat Pertama Makmur Sdn. Bhd.

Melibatkan 30 pekerja, syarikat tersebut merupakan pihak yang diberi tanggungjawab untuk merobohkan tembok penjara itu selepas keputusan dibuat untuk tidak mempertahankan bangunan berkenaan.

Ternyata, selepas berdiri teguh selama 118 tahun (dikira daripada tahun ia disiapkan pada tahun 1882), bangunan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri kepada mereka yang tahu menilainya itu terpaksa ‘tunduk’ kepada sesuatu yang digelar pembangunan.

Selepas tembok, bangunan itu pula secara berperingkat-peringkat akan dirobohkan keseluruhannya.

Tapak Penjara Pudu selepas ini akan dilingkari dengan bangunan moden gah sekali gus memegang status sebagai Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC). Pembangunan kawasan itu akan dimajukan oleh UDA Holdings Berhad (UDA) dengan melibatkan nilai pembangunan kasar RM5 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dalam pembentangannya di Parlimen baru-baru ini memberitahu kawasan itu akan dibangunkan dengan projek pembangunan bercampur yang menempatkan pusat transit, servis apartmen, pejabat, pusat rekreasi, hotel dan premis perniagaan.

“Tapak Penjara Pudu ini bukan tapak warisan dan ia tidak akan dijadikan sebagai warisan. Penjara Pudu bukan sesuatu yang dibanggakan walaupun lama. Kerajaan juga tidak akan membangunkan muzium khas bagi penjara ini,” katanya.

Projek itu dibahagikan kepada enam plot yang akan disiapkan dalam tempoh 10 tahun dan agihannya adalah 40 peratus untuk unit kediaman dan 60 peratus komersial di samping projek persimpangan bertingkat serta laluan bawah tanah.

Apa yang pasti, rebahnya Penjara Pudu ternyata sedikit sebanyak menimbulkan polemik tersendiri lantaran wujud pro dan kontra daripada pembangunan di tapak itu.

Walaupun bernilai sejarah, namun berada dalam radius segi tiga emas Kuala Lumpur, ternyata nilai ekonomi kawasan itu terlalu tinggi untuk dikorbankan demi sebuah lokasi penempatan banduan.

Melihat dari sudut yang positif, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid bersetuju dengan keputusan untuk memajukan tanah tinggalan Penjara Pudu.

“Kenapa perlu disimpan kalau ia tidak memberi sumber ekonomi dan manfaat kepada rakyat. Dengan status penjara, imej yang dibawa bukanlah sesuatu yang wajar dimegahkan untuk dikekalkan,” ujarnya yang melihat pembangunan di kawasan tengah Kuala Lumpur itu akan membawa keuntungan ekonomi kepada negara.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof Dr. Jariah Masud pula memberitahu, tiada siapa yang boleh menyangkal Penjara Pudu mempunyai nilai sejarah, tetapi tiada siapa boleh menolak pembangunan.

Bagaimanapun pintanya, sebagai menghormati nilai sejarah seharusnya ada struktur-sturktur ditinggalkan agar generasi akan datang tidak melupakannya.

Pencinta sejarah bagaimanapun ramai yang mengakui berdukacita dengan keputusan merobohkan bangunan itu.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, Datuk Dr. Adi Taha memberitahu, secara peribadi dia kurang bersetuju apabila melihat bangunan nostalgik itu diruntuhkan. Baginya Penjara Pudu boleh dianggap satu warisan lambang ketamadunan negara dalam sistem pentadbiran yang berusaha membanteras jenayah ketika itu.

“Jadi, tindakan ini sekali gus menyebabkan satu bangunan khazanah warisan negara telah hilang begitu sahaja. Memang dari segi hartanah ia mempunyai nilai yang tinggi tetapi dalam aspek warisan, ia harganya tidak ternilai,” luahnya yang kini merupakan Felo Utama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim melihat tindakan tersebut sebagai sesuatu yang merugikan.

“Terus-terang saya memang sedih dengan keputusan tersebut. Situasi itu menunjukkan seolah-olah rakyat Malaysia kini sanggup mengorbankan sejarah demi mengejar pembangunan.

“Ini bukan cara terbaik dalam melaksanakan pentadbiran negara. Nilai-nilai murni mengenai bangsa dan kepentingan mempertahankan warisan serta sejarah negara semakin terhakis,” tegas Khay Kim.

Pintu gerbang dikekalkan

Bagaimanapun Penjara Pudu bukanlah dirobohkan dengan sewenang-wenang tanpa tindakan dokumentasi dan langkah-langkah penting untuk mengekalkan ia sebagai satu tinggalan sejarah negara.

Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad memberitahu pihaknya telah membuat dokumentasi berbentuk gambar dan video sebelum tembok Penjara Pudu dirobohkan.

Proses dokumentasi itu bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang oleh semua pihak.pada masa akan datang oleh semua pihak.

“Malah, Jabatan Warisan sudah meminta agar pintu gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural di bahagian kiri dan kanan pintu utama dikekalkan sebagai kesan tinggalan sejarah yang boleh dilihat oleh generasi masa depan.

” Perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat dan semua pihak bersetuju untuk mengekalkannya,” jelas A. Ghafar.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s