Kapak Keranda

Sekali pandang objek ini menyerupai cangkul kecil, tapi menurut seekor jin yang bersemayam diatas sebuah tongkang di atas gunung datuk objek ini disebut kapak keranda, kerana alat ini adalah untuk menebuk kayu balak untuk membuat keranda.

Diatas Gunung Datuk Tambun ada sebuah Tongkang Kayu besar yang terdampar entah zaman bila, kerana ketika itu daerah Tambun adalah merupakan lautan. Ketika Sunway Tambun belum dibina saya sering pergi mengulangi tongkang purba tersebut dengan harapan boleh dibawa pulang. Kita boleh sampai ke daerah Tongkang itu terdampar di Gunung Datuk dengan kereta pacuan empat roda walau agak sukar. Kini kawasan tersebut tidak lagi boleh didatangi kerana dihalangi pembangunan Sunway.

Ketika saya membuat keputusan membawa Tongkang purba tersebut kebawah dengan menggunakan lori hantu, saya didatangi seekor jin yang mendakwa Tongkang tersebut adalah istananya. Setelah berlaku tawar menawar diantara saya dengan jin tersebut, Jin tersebut hanya meminta saya sebilah kapak keranda dari tiga keturunan. Saya terpaksa mencari kapak tersebut selama tiga bulan. Setelah saya membawa kapak itu menemui Jin tersebut, dia minta pula tambahan sebuah keranda mayat mati berdarah. Sebenarnya jin tersebut sangat sayang tongkang tersebut dan cuba mempermaikan saya. Saya mengambil keputusan supaya projek tersebut dibatalkan. Sebagai mengubati hati yang terluka saya ada mengukir sebuah replika Tongkang tersebut dari kayu yang menyerupainya sebagai kenang kenangan. Insyaalah saya akan siarkan gambarfotonya di weblog ini nanti, mudah mudahan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s