Besi Bom Lama

Dulu saya ada menemui sebiji bom lama didalam sungai pinji dibawah jembatan Pekan Tambun. Penemuan ini tidak saya laporkan kepada pihak berkuasa kerana saya difahamkan bom tersebut tidak mereka kehendaki lagi. Menurut orang lama di Tambun sebelum ini ada tiga biji bom lama terdapat didalam sungai pinji berhampiran jembatan dipekan Tambun yang di jatuhkan Kapal Terbang Tentera British untuk memusnahkan jembatan dikawasan tersebut untuk menghalang kemaraan askar Jepun yang tidak meletup, mungkin sudah masuk angin kot.

Bagaimana pun dua dari tiga biji bom tersebut telah diambil kembali oleh pihak tentera British selepas Jepun Menyerah kalah, Sebiji lagi ditinggalkan mereka disitu kerana sudah tidak lagi boleh diperbaiki supaya berpunsi kembali. Sering saya berfikir bagaimana cara untuk memiliki bom tersebut.

Entah macam mana suatu hari beberapa orang budak di Tambun menemui bom tersebut ketika mereka memancing dan melapurkan kepada pihak berkuasa, maka punahlah harapan saya untuk memiliki sebiji bom lama dan huru haralah sekejap Pekan Tambun akibat penemuan bom tersebut. Berita mengenai bom tersebut boleh diketahui menerusi berita yang ditulis di akhbar seperti yang saya lampirkan dibawah ini;

ARKIB : 20/06/2008

5,000 kosongkan rumah di Ipoh esok operasi letup bom

Oleh ANGELINA SINYANG

IPOH 19 Jun – Seramai 5,000 penduduk terpaksa mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan sebutir bom Perang Dunia Kedua diletupkan di tempat ia ditemui seminggu lalu dekat Sungai Pinji, Tambun di sini, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bom tersebut tidak dapat dipindahkan kerana sistem suisnya telah diaktifkan dan kemungkinan besar boleh meletup jika digerakkan.

Ekoran itu, menurutnya, penduduk di empat kawasan dalam lingkungan 500 meter radius lokasi bom ditemui perlu mengosongkan rumah mereka mulai pukul 8.30 pagi Sabtu, bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Kawasan terlibat ialah Taman Tambun, Taman Tambun Jaya, Kampung Baru Tambun dan Kampung Malay Rezab.

Penduduk terlibat, katanya, akan dipindahkan ke Masjid Tambun dan Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tambun menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan.

‘‘Buat masa ini, kami sedang mengeringkan air sungai bagi memastikan kesan letupan adalah kecil”.

“Kerja-kerja untuk meletupkan bom ini tidak mengambil masa yang lama, mungkin selesai antara pukul 1 atau 2 petang Sabtu ini tetapi jika hujan, ia terpaksa ditangguhkan,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bom seberat 100 kilogram itu ditemui oleh empat pemancing di Tambun selepas mata kail salah seorang daripada mereka terkena pada bom tersebut di sungai itu pada 12 Jun lalu.

Azisman menambah, polis turut menutup jalan masuk ke pekan Tambun, Jalan Tambun Permai dan Jalan Ampang Baru bagi tujuan keselamatan.

Katanya, seramai 200 anggota polis termasuk tiga pakar dari Unit Pemusnah Bom Bukit Aman terlibat dalam operasi memusnahkan bom tersebut.

Beliau berkata, Unit Udara Polis turut membuat tinjauan udara bagi memastikan tiada pergerakan manusia dalam lingkungan 500 meter dari kawasan bom diletupkan.

“Orang ramai bagaimanapun usah bimbang dengan keputusan polis meletupkan bom itu dalam sungai kerana yakin ia tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan harta benda,’’ ujarnya.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman anggota Unit Pemusnah Bom yang sudah banyak kali melakukan teknik yang tidak menyebabkan letupan besar.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Besi Bom Lama

  1. Jebatan says:

    Salam..pak cik, bila bercerita tentang bom peninggalan perang dunia kedua ini..Teringat Saya nostalgia kisah dlm thn 1994/95 ( Tarikhnya Saya dah lupa ! ) Pengalaman Saya sendiri diKg Baru Ampangan Blok B, S’ban NSDK. Ketika itu Saya masih tinggal diS’ban & aktif bermain sepak takraw saban ptg berhampiran dgn lokasi sebuah bom yg dijumpai, yg dipercayai dari bom kapal terbang kerana dibhg ekor ada sayap ( berukuran lebih kurang tak sampai 1 meter & berat anggaran dlm 10-15 kilo ) peninggalan perang dunia kedua yg tertera perkataan..’British Royals Army’..Mulanya bom berkenaan telah ditemui oleh sekumpulan kanak2 yg mencari labah2 spider dicelah daun. Suasana agak kecoh ptg tersebut & penduduk dikaw berdekatan bertindak melarikan diri..Pada mulanya Saya tak perasan apa yg berlaku & bila Saya menjenggah dilokasi, kebetulan Guru Saya turut berada disitu utk melihat apa yg sedang terjadi. Sekonyong2 dlm bahasa telepatinya mahu melihat sejauh mana keyakinan Saya terhadap apa yg Saya telah pelajari & keyakinan terhadap Allah SWT..Nak jadikan cerita, Saya telah terjun kedlm parit paya berkenaan & menarik keluar bom yg tertanam muncungnya kedlm selut paya..Apa lagi habis bertaburan lari org2 yg ada dikaw terbabit..Dipendekkan kisah Saya telah membawa bom berkenaan hanya menunggang motosikal utk membuat lapuran kebalai polis IPD S’ban & satu peristiwa lucu telah berlaku, dimana sebaik saja anggota polis yg mahu menerima report/lapuran Saya itu mendapat tahu adanya sebutir bom yg Saya bawa & telah Saya letakkan dibangku menunggu..Apa lagi habis bertaburan anggota2 polis yg ada dibalai berkenaan & dari balai polis IPK bersebelahan turut sama melarikan diri ! Tinggallah Saya terkonteng2 berseorangan & mungkin juga tahanan lokap yg tak dapat nak kemana2 itu..Memang kecoh hari tu, sampaikan terpaksa pula Saya mengandar bom tersebut ketgh2 padang yg direntangi tali plastik polis & menunggu unit pemusnah bom sampai dgn mengikut arahan pegawai polis yg memberikan arahan melalui alat hailer/pembesar suara ! Apa yg diketahui selepas itu..Bom tersebut masih aktif & ditakrifkan sangat merbahaya ( radius ledakannya boleh mencapai 200 meter ) Alhamdulillah akhirnya bom berkenaan telah berjaya diletupkan oleh unit pemusnah bom ! Saya telah dipanggil utk membuat lapuran semula dkt jam 2 pg hari itu & apa yg tak dapat Saya lupakan serta menyebabkan Saya tersenyum sorang2 bila mengenangkan kata2 pegawai polis yg berpangkat ASP tu..”Encik lain kali kalau terjumpa bom..Jgn susah2 diangkut kebalai polis lagi !! Cukuplah buat report saja..pihak kami yg akan menguruskan urusan selebihnya..Saya tak tahulah nak kata apa, samada Encik ni org yg betul2 berani atau org gila, Encik tahu tak bom tu kalau meletup..gigi pun tak tinggal, apa pun syabas diatas keberanian luarbiasa yg telah Encik tunjukkan” ! Begitulah kisahnya pakcik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s