Tapak Kaki ” Big Food “

Terlalu sukar untuk menyimpan hasil ukiran kayu saya kerana terlalu besar, berat dan banyak, jadi sebahagiannya saya gantung didinding, ditiang pergola dan sebagainya seperti dalam gambarfoto. untuk mudah ditatapi dan digunakan.

Sebagaimana lazimnya saya akan menghantar intri yang mencuit perasaan di weblog atau memberi komentar panas suam di Karimon’s Blog bila saya kebingungan menyelesaikan kerja komputer. Dan saya suka buat cerita bila tak ada secerita agar masyarakat persekitaran saya tidak kesunyian.

Diantara ciri budaya Melayu suka dengar cerita, jadi ada macam macam cerita dan sifat suka bertanya, tapi sekadar bertanya dan sekadar mendengar jawapan. Kadang dia nampak jelas kita sedang duduk makan, dia tanya lagi ” makan ke ?”, saya selalu jawab, “tak, tengah tidur”, kerana soalannya sekadar menggangu kita menyuap nasi ke mulut untuk memberi jawapan yang sepatutnya tidak memerlukan jawapan. Orang dulu dulu tanya begitu sebab nak memastikan yang tengah makan itu samada hantu raya atau tuannya, kerana jika hantu raya dia tak menjawab, tapi sekarang mana ada sangat orang membela hantu raya. Jadi kita ni main ikut ikut saya, kerana ilmu kita pun kebanyakannya ilmu ikut ikut atau turut turut itu pasal banyak yang karut.

Masyarakat kita boleh kebinggungan bila tiada cerita atau sehingga tak boleh cerita. Tapak kaki diatas saya ukir sebagai bahan untuk mengadakan cerita. Untuk mengadakan cerita saya akan membawa ukiran tapak kaki ini kepinggiran kediaman yang sering dikunjungi. Saya akan meletakkan ukiran kayu ini diatas tanah yang lembut dan mengiris (langgar) dengan tayar kereta pacuan empat roda, maka terbentuklah bekas tapak kaki “Big Foot” bila bekas tapak kaki itu ditemui maka gemparlah penduduk di sekitarnya seperti penemuan bom lama di Pekan Tambun dan menerbitkan bermacam macam cerita, silap haribulan pemberita pun boleh datang. Berbagai tiorilah pula kita dengari dari cerdek pandai.

Ketika pawagam menayangkan filem king kong, penduduk negara ini gempar apabila beberapa pihak yang mendakwa menemui kesan tapak kaki dan terserempak dengan lembaga yang disyaki sebagai Big Foot yang juga lebih dikenali oleh rakyat tempatan sebagai Mawas atau Siamang. Bigfoot tersebut dijumpai di kawasan hutan simpan Pahang Johor, Semenanjung Malaysia.

Bentuk fizikal antara King Kong dan Bigfoot dikatakan hampir serupa tetapi saiz mereka amat berbeza. Berbanding King Kong iaitu gergasi berbentuk beruk besar dengan ketinggian melebihi bangunan 10 tingkat manakala Big Foot hanya mempunyai ketinggian hanya dua meter hingga 3.6 meter. penghuni hantu puaka rimba hutan berhantu angker batu di Malaysia hutan tropika.

Sehingga kini, masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan fakta-fakta berkenaan Big Foot menjadi salah satu misteri dunia yang belum tersingkap. Malah, penyelidik dan penulis asing juga tertarik untuk menjejaki haiwan atau makhluk mistik tersebut.

Kewujudannya tidak hanya di sesebuah Negara telah membuktikan bahawa mitos tentangnya bukanlah lagenda sesuatu kaum sahaja. Makhluk besar berbulu seperti manusia kacukan monyet besar ini dikatakan bersembunyi di hutan atau wilayah yang sukar dijangkau oleh manusia. Ini menunjukkan yang makhluk misteri ini memang sengaja menjauhkan diri daripada golongan manusia biasa. lembaga hitam hantu bertapak tapak kaki besar hantu tinggi hantu raya hantu hutan

Di Amerika Utara, lembaga misteri ini dikenali sebagai Big Foot atau Sasquatch. Manakala di Asia, terutama di kawasan Himalaya, makhluk angker ini digelar Yeti manakala di kawasan Amazon Amerika Selatan, nama jolokkanya adalah Mapinguari dan Yowie pula adalah nama panggilan bagi makhluk itu di Australia.

Pelbagai pendapat dikemukakan tentang haiwan itu antaranya teori Bogfoot Giganto yang menyatakan makhluk itu mungkin sejenis monyet gergasi prasejarah yang hidup ketika zaman Pertengahan Pleistocene.
kejadian paranormal mengenai big foot mengenai Bigfoot makhluk tapak kaki besar.Monyet raksaksa itu dipercayai hidup di beberapa kawasan Asia termasuk China dan Asia Tenggara serta Amerika Utara sejak zaman purba, sebelum pupus daripada muka bumi sekitar 200,000 hingga 500,000 tahun dulu.

Ramai yang mendakwa telah terserempak dengan Bigfoot dan mereka menggambarkan makhluk itu bertubuh tegap dan besar, gigi-giginya besar, matanya berwarna merah, bulunya berwarna perang gelap atau merah kehitaman dan meliputi seluruh badan.

penghuni hantu puaka rimba hutan berhantu angker batu di Malaysia hutan tropika Bigfoot dikatakan tidak menyerang manusia atau menggangu manusia sebaliknya malu jika terserempak dengan manusia malah sering berpindah kawasan setelah kewujudannya disedari oleh manusia. Ia hanya makan pucuk kayu muda dan akan menggosokkan badannya pada batang pokok untuk menghilang kegatalan pada tubuh.

Makhluk yang dikenali sebagai Mawas, Orang utan, Hantu Jarang Gigi dan Siamang di kalangan masyarakat Orang Asli Johor itu juga hidup dalam kumpulan iaitu satu keluarga yang dianggotai oleh bapak, ibu dan anak-anak. lembaga hitam hantu bertapak tapak kaki besar hantu tinggi hantu raya hantu hutan Kisah terawal tentang Big foot mula dilaporkan pada tahun 1811 apabila seorang juruukur Kanada mendakwa menemui jejak kaki luarbiasa yang besar dan dipercayai milik makhluk yang belum pernah dikenali oleh dunia di Jasper, Kanada.

penghuni hantu puaka rimba hutan berhantu angker batu di Malaysia hutan tropika Gelaran Big Foot ( kaki besar ) kemudiannya digunakan secara meluas oleh media selepas wujud satu lagi penemuan di Bluff Creek, California pada tahun 1959. Foto, gambar dan rakaman video Bigfoot paling terkenal diambil pada 1967 di California Utara, Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, keasliannya masih diperdebatkan. kejadian paranormal mengenai big foot mengenai Bigfoot makhluk tapak kaki besar.

Kajian dan pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan Bigfoot masih diteruskan. Pelbagai usaha dilakukan oleh para pengkaji fenomena ini dan sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berharap untuk menemui ciptaan Allah swt yang penuh rahsia ini suatu hari nanti atau Bigfoot akan terus kekal misteri seperti fenomena kewujudan UFO dan makhluk asing dari panet lain yang mengunjungi planet bumi.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s