Bungkah Teras Kayu Cengal

Di bengkel ukiran saya memang telah tersedia teras kayu dalam bentuk balak bungkah dan cebisan. Bahan ini adalah untuk keperluan saya mengukir rupa bentuk objek yang diminat. Pada asasnya kita sering berangapan teras kayu terletak ditengah batang kayu, tapi kita juga harus menyedari empular kayu (bahagian kayu paling lembut) juga sering terdapat dibahagian tengah batang kayu. Pengetahuan mengenai teras kayu kadangkala terdapat dipermukaan batang kayu hanya saya sedari setelah membaca komentar sahabat saya Tuan Waliqudus di Karimun’s Blog, sebab itu Tuan Waliqudus bukan sekadar saya anggap sebagai sahabat malahan sebagai guru walau pun kami sering bergaduh.

Mengukir sesuatu objek daripada bungkah cengal yang hampir menyerupainya adalah diantara teknik yang sering dilakukan oleh pengukir teras cengal. jika diteliti dalam gambarfoto diatas salah satu bungkah kayu cengal tersebut adalah menjadi bangku. Pada mulanya saya ingin mengukir teras cengal tersebut menjadi batang kukur kelapa. Bagaimana pun saya terasa sayang untuk menikarkan bungkah kayu cengal yang menyerupai bangku itu kepada batang kukur kelapa. Oleh itu saya sedang mengintai teras cengal yang sesuai untuk menjadi batang kukur kelapa.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s