Kayu Selimbar Gajah untuk bersengama macam gajah

Kayu ini saya perolehi dari Cikgu Shah Jehan seorang Guru di Kubur Panjang Kedah berserta berpuloh jenis lagi kayu yang lain lebih kurang sepuloh tahun yang lalu. Saya bertemu pertama kali Cikgu Shah Jehan di Pasar sehari Pekan Pendang ketika beliau menjual berbagai jenis kayu. Saya berjanji akan pergi kerumah beliau di Kubur Panjang untuk melihat stok kayu yang dimilikinya. Saya bertemu Cikgu Shah Jehan di rumahnya Kubur Panjang diwaktu malam dan sudah tentu jangkamasa satu malam beliau tidak sempat menceritakan mengenai nama dan khasiat akar kayu yang dimilikinya. Cikgu Shah Jehan memasukkan berbagai jenis akar kayu dengan menandakan namanya dengan tulisan kedalam kereta saya. Bila saya tanya berapa harga yang perlu saya bayar untuk harga kesemua akar kayu tersebut, beliau menjawab ikut suka hatilah, saya jadi susah hati. Saya mengeluarkan kesemua wang yang saya bawa ketika itu dan menulis sekeping cek sebagai tambahan untuk bayaran harga kayu tersebut, saya lihat Cikgu Shah Jehan tersenyum lebar menerimanya, tanda berpuashati dengan bayaran tersebut. Sejak saat itu sehingga kehari ini saya tidak berpeluang lagi menemui Cikgu Shah Jehan walau pun saya sangat teringin bertemu dengannya lagi kerana belia memiliki pengetahuan mengenai kayu yang diwarisi dari datuk neneknya yang menyimpan rahsia mengenai kayu kayan. Bagaimana pun saya tidak berputus asa akan menemuinya suatu hari nanti.

Menurut Cikgu Shah Jehan Selimbar Gajah adalah sejenis kayu yang digunakan seperti gambir serawak ia itu untuk memantau tindak balas urat saraf. Oleh itu getah kayu selimbar gajah sering digunakan seperti gambir serawak iaitu untuk tahan lama bersetubuh atau menahan sakit gigi. Pengunaan getah Selimbar Gajah adalah lebih selamat kerana tidak meninggalkan kesan kudis pada kemaluan seperti penggunaan Gambir Serawak. Selimbar Gajah cuma perlu diasah untuk memperolehi sedikit getahnya untuk keparluan bersetubuh. Getah selimbar gajah bukan sahaja untuk keperluan kaum lelaki malah sering juga digunakan oleh kaum wanita terutama golongan pelacur yang perlu melayan terlalu banyak lelaki pada setiap hari.

Teras Selimbar Gajah boleh dijadikan mata cincin sebagai persedian untuk menghadapi saat kecemasan ketika hampir tewas beradu diranjang dan berbagai lagi saat kecemasan. Tapi banyak mereka yang saya beri kayu Selimbar Gajah ini mengeluh bila bertemu saya kembali. mereka mendakwa mengalami kesukaran berhenti ketika bersetubuh jika menggunakan getah kayu ini. oleh itu kini kayu ini sekadar saya simpan untuk dikenali dan tidak lagi diberi kepada sesiapa untuk mencuba keampuhannya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s