Poster Man Siam

Bila saya terlihat poster seumpama diatas ini iatu gambar artis barat sekitar tahun 60 ‘ s saya teringat peristiwa lucu pada tahun 1975 yang dilakukan sahabat saya Man Siam walau pun saya pada masa itu maseh menuntut di Luala Lumpur.

Diantara kegiatan Man Siam yang tinggal bersama ibubapanya di Kuala Lumpor adalah menjual Poster seperti diatas di kaki lima di bandar Kuala Lumpor sekitar Melaka Street. Poster ini dibeli daripada Siam dengan harga 90 sen sekeping dan dijual dengan harga RM 5 di Kuala Lumpor. Disamping menjual poster Man Siam sering membantu Wak Giman yang berniaga warung makan dan minum di Benting untuk menampung kesibukan perniaagan warung Wak Giman seperti memasak nasi apabila kelihatan nasi tidak cukup atau mengupas tebu di stor simpanannya, Wak Giman sangat berpuashati dengan bantuan Man Siam ini dan sebagai ganjaranya Man Siam dapat makan dan minum percuma di warung Wak Giman. Rakan karib Man Siam pada masa itu adalah Ramli yang berasal dari Melaka yang kadangkala mereka bersama tidur dalam setor Buger di Melaka Street di waktu malam.

Masalah Man Siam ketika menjual Poster di Melaka Street adalah di ganggu oleh Mat Sibuk. Kuncu kuncu Mat Sibuk sering meminta wang perlindungan dari Man Siam kerana menjual poster di Melaka Street. Pada tahun 70’an siapa yang tak kenal Mat Sibuk jika sering lepak di Panggung Anivesery ( Lake Garden ) Kuala Lumpur. Pada zaman itu, Mat Sibuk berserta kuncu kuncunya bolehlah dianggap sebagai samseng yang ternama juga di Kuala Lumpur. Man Siam sangat pantang jika diganggu kuncu kuncu Mat Sibuk. Suatu hari Man Siam telah pulang kerumahnya di Jalan Gurney dan meninggalkan Ramli berniaga poster seorang diri untuk mencuri pistol ayahnya yang disimpan dalam mangkok tingkat ( ayah Man Siam seorang polis yang dilengkapi pistol) kerana diganggu kuncu kuncu Mat Sibuk. Man Siam telah menunjukkan pistol tersebut kepada kuncu kuncu Mat Sibuk yang menunggunya di kaki lima tempat beliau menjual poster untuk menagih wang perlindungan, sambil mengeluarkan peluru dari pistol tersebut Man Siam berkata “ ini original punya pistol, tenguk ini peluru bukan plastik, ini peluru tak kenal siapa termasuk kepala Mat Sibuk, jika keba bersepai”. Selepas memberi amaran tersebut Man Siam bergegas pulang untuk menghantar pistol tersebut kembali kerumah dan minta Ramli meneruskan perniagaan poster tersebut. Sekembalinya Man Siam ketempat perniagaan posternya kembali, mereka telah didatangi dua lelaki yang terus menyerang Man Siam. Ramli telah menggangkat sebuah bangku untuk mengempuk lelaki yang menyerang Man Siam kerana menyangka mereka adalah orang Mat Sibuk. Melihat keadaan tersebut lelaki itu telah mengeluarkan kad kuasa dan menjerit “kami polis”. Man Siam telah ditangkap dan dibawa masuk kedalam kereta peronda polis, kerana ada pihak yang melapur kepada pihak polis, Man Siam memiliki pistol. Ketika di dalam kerita peronda polis Man Siam tidak mengaku memiliki pistol dan menunjukkan kad pengenalan polis yang membuktikan bahawa beliau adalah seorang anggota polis. Man Siam telah dilepaskan oleh polis hanya ditengah jalan tanpa dibawa hingga ke balai Polis. Bagaimana pun sebaik saja berita Man Siam ditangkap polis, wak Giman telah membawa wang sebanyak RM 500 kebalai polis untuk menjamin Man Siam, kerana Wak Giman sangat sayang Man Siam dan terasa terhutang budi kepada Man Siam kerana sering membantunya. Sejak peristiwa itu kuncu kuncu Mat Sibut tidak berani lagi menggangu Man Siam dan begitu yakin bahawa Man Siam ada memiliki pistol. Tapi yang paling menghairankan mereka kenapa pihak polis melepaskan Man Siam walau pun banyak saksi yang melihat Man Siam menunjukkan pistolnya kepada orang ramai dikaki lima.

Kini Man Siam adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan terkenal bukan sekadar di Ipoh malahan sesiapa juga yang sering berkunjung ke Ipoh. Man Siam adalah diantara sahabat saya yang suka kepada barangan antik, pokok tumbuh tumbuhan dan binatang ternakan. Diantara barangan antik yang sangat diidamkannya adalah kepala keretapi lama yang sehingga kini maseh tidak dimilikiinya. Begitu juga memiliki dua tiga biji Feri lama yang tidak digunakan di Pulau Pinang untuk ditunda ke Teluk Batik Lumut menjadi restoren. Dan benda yang sangat mengusik jiwanya adalak kereta lembu, beliau pernah menempah beberapa buah kereta lembu di Melaka. Semalam beliau telah menhubungi saya untuk memberi sepasang tanduk kerbau yang disembelihnya. Jika beliau ada benda pelik pasti akan menghubungi saya. Sehingga kini Mat Sibuk, Ramli dan Wak Giman masek tidak mengetahui bahawa Man Siam adalah seorang anggota polis. Dan nama Mat Siam hanyalah nama samaran yang digunakan oleh sahabat saya ketika menjual poster di Melaka Street jika beliau bercuti. Semasa beliau menjadi anggota polis beliau sering bertugas di sempadan Malaysia dengan Thailand dan sedikit sebanyak beliau mengetahui cakap siam.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s