Ubat wahyu dari tuhan

Madu lebah saya sebut sebagai ubat wahyu dari tuhan adalah berdasarkan kepada ayat di Al Quran di bawah ini;

Firman Allah swt bermaksud:
“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”. kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”  (Surah an-Nahl: 68-69)

Bagaimana pun bila saya ajukan madu lebah ubat wahyu dari tuhan yang boleh menyembuh penyakit berbagai alasan yang mereka beri seperti, susah nak dapatlah, takut tak tulinlah, manis sangat, panas , mahal dan macam macam lagi. Maka saya cuba berusaha menjadi penternak lebah dan memasarkannya dibawah jenama Wannura sekadar untuk mereka yang memerlukan dengan harga yang berpatutan. Bagaimana pun Madu Lebah keluaran Wannura buat masa ini lebih mendapat sambutan dari orang Cina, kerana mungkin mereka lebih percaya khasiat madu lebah berbanding orang Islam. Dan mungkin orang Islam memadai sekadar membaca surah An Nahl sahaja.

Begitu jugalah bila saya ajukan supaya mengurut tubuh badan untuk menyembuhkan segala penyakit. Berbagai alasan yang diberi seperti betul ke, tak pandai, tangan tak kuat, tak ada masa dan sebagainya. Sepatutnya jika tak pandai belajar, jika tak kuat tanda tak sihat, jika tak ada masa nak jaga kesihatan macam mana nak hidup sehat sejahtera. Mengurut adalah amalan kehidupan seharian, samada ketika berwuduk, mandi sunat dan mandi wajib, dah kawin untuk santapan nafkah batin pun kena urut. Diantara punca penyakit yang dialami adalah kekotoran tubuh badan kerana tak pandai mengurut dan tak ada masa nak mengurut tubuh badan. Sepatutnya kemahiran dimiliki oleh setiap orang dalam budaya kita kerana amalan utama kehidupan kita adalah bersuci. Sejak kecil kita telah diajar bagaimana mengosok badan ketika mandi dan berwuduk. Bila sudah baligh kita diajar mandi hadas besar dan sepatutnya kita diajar mandi junub dan mengurut ketika berjimak bila ingin mendirikan rumahtangga. Berbagai penyakit zahir dan batin yang dialami setelah mendiri rumahtangga adalah kerana tidak pandai mengurut, kerana tidak dipelajari, main pandai sendiri sahaja.

Sabun Madu Lebah Wannura ini saya sediakan adalah sebagai bahan untuk digunakan mereka yang ingin belajar mengurut tubuh badan ketika mandi. Mengurut tubuh badan yang sudah mengalami penyakit adalah berbeza dengan badan yang sehat, kerana mengurut ketika mandi sunat dan mandi junub pun berbeza. Begitu juga mengurut kemaluan ketika berjimak semasa zakar hidup dengan mati.

Buat setakat ini diperingkat ujian segala peralatan, ubatan dan kemahiran membina kesihatan yang saya cipta untuk Wannura Pruduk mendapat sambutan yang lebih menggalakan dari orang bukan Melayu kerana mereka yakin bahawa ianya mudah berkesan dan selamat. Bagaimana pun kami tidak boleh menampung permintaan tersebut kerana pasarana untuk memasarkan pruduk Wannura maseh belum bersedia sepenuhnya.

Tujuan saya menghantar intri ini bukanlah bertujuan untuk menjual madu dan sabun Wannura tapi sekadar menyatakan bagaimana usaha saya membantu masyarakat membina kesihatan menyembuhkan penyakit.

Surah An-Nahl (bahasa Arab:النّحل, an-Nahl, “Lebah”) adalah surah ke-16 dalam al-Qur’an. Surah ini terdiri atas 128 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Surah ini dinamakan An-Nahl yang berarti lebah karena di dalamnya, terdapat firman Allah SWT ayat 68 yang artinya : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah”. Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim. Madu berasal dari bermacam-macam sari bunga dan dia menjadi obat bagi bermacam-macam penyakit manusia (lihat ayat 69). Sedang Al Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah (10) Yunus ayat 57 dan surah (17) Al Isra’ ayat 82). Surah ini dinamakan pula “An-Ni’am” artinya nikmat-nikmat, karena di dalamnya Allah menyebutkan berbagai macam nikmat untuk hamba-hamba-Nya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s