Batu Meriyan

Apa tu batu meriyan? “tempat peranakan aka pintu rahim atau nama orang putihnya G-spot”… entah lah.. tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan…

Memang ada setengah orang yang tak mengurut.. mungkin tak suka mengurut atau pun mungkin jenis tak ambik kisah..

Bagi saya.. mengurut semasa dalam pantang adalah satu kemestian.. wajib tak boleh berlenggah (bagi yang beranak secara normal).. Ini kerana saya nampak akan perubahan sebelum dan selepas mengurut.

Sebelum mengurut kelihatan mengembang, mengelebeh macam boyot.. bahagian pada ari ari nampak turun kebawah (bahagian bawah pusat). Masa mengurut bidan akan menolak naik sambil mengangkat bahagian yang memboyot kebawah iaitu batu meriyan masuk balik ketempatnya..(masuk balik kedalam soketnya).. lebih kurang sejengkal di bawah pusat.. waktu proses menolak batu meriyan ni.. memang kita dapat rasa.. seketul benda di tolak naik.. memang rasa sakit dan mesti menahan nafas..

Selepas batu meriyan diletakkan pada tempatnya.. memang nampak perubahan yang ketara pada bahagian ari ari.. tak nampak mengembang dan menurun kebawah.. nampak ada seketul benda bulat dibahagian bawah pusat..

Nasihat untuk mengelak batu meriyan jatuh.

*Jangan suka duk bercangkung lama-lama..

*Jangan duk angkat benda berat.

Bagi yang pernah mengalami keguguran.. dinasihatkan supaya mengurut.. ini kerana.. semasa berlaku keguguran.. batu meriyan sudah turun kebawah.. kalau tak mengurut.. nanti bila mengandung.. risau kandungan tidak dapat bertahan sampai 9 bulan.. akan berlaku kelahiran pramatang.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s