Rahsia paku besi lama

Paku besi lama ini sering diketemui tertanam terutama pada kayu tiang rumah lama sekurangnya berusia 100 tahun semasa melakukan kerja pembersihannya untuk diguna semula. Paku ini biasanya hanya ditemui pada tiang rumah lama milik orang Melayu yang diruntuh. Zahirnya paku yang ditemui hanya ditanam atau dibenam ke dalam tiang tersebut menerusi lubang yang telah dikorek terlebih dahulu.

Paku inilah yang disebut paku pasung rumah yang biasanya di pasung pada tiang seri. Bagaimana pun paku ini terdapat juga pada lebih satu tiang ia itu pada tiang setiap penjuru rumah.

Tujuan paku ini di pasung pada tiang rumah pada zaman dahulukala adalah untuk memantau makhluk halus, manusia berniat jahat seperti pencuri dan haiwan hata seperti anai anai.

Paku besi lama ini adalah dibuat khusus untuk memasung rumah yang kadangkala ditempa tulisan kalimah Allah padanya. Ada yang mendakwa diantara paku ini adalah buatan Cheribon atau Demak. Paku buatan Demak,biasa nya besar sedikit dan buatan Cheribon pula kecil sedikit.

Kerana paku ini adalah besi lama yang tahan dan tidak mudah karat ianya menjadi buruan mereka yang arif sebagai besi untuk menempa senjata. Senjata yang ditempa dari besi ini sangat tajam dan bisa bona (maalum le paku).

Bila paku ini ditempa menjadi senjata jika disimpan dirumah ianya memagar rumah, dibawa berjalan memagar diri dari musuh dan mengerunkannya.

Jika kita menggunakan paku ini bukan musuh saja terpukau malahan wanita juga mudah terpaku dan melekat.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Rahsia paku besi lama

  1. jaafar says:

    Paku ni ada jual ke. Kalau ada berapa harga sebatang. Teringin nak tempa satu. T.kaseh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s