Bujang senang tewas ditangan wanita

MIAMI – Seorang wanita, Connie Hancock menangkap dan membunuh salah seekor buaya yang paling besar di negeri Florida, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.

Connie yang berusia 27 tahun menghabiskan masa lebih sejam untuk menangkap buaya sepanjang 3.96 meter dan seberat 317.51 kilogram (kg) di Tasik George di Florida baru-baru ini.

Dia menangkap dan membunuh buaya itu semasa memburu bersama suaminya dengan menaiki sebuah bot.
Buaya itu dibunuh Connie dengan sejenis senjata dalam air selepas haiwan tersebut makan umpan yang dipasang mereka.

Haiwan itu dibenarkan untuk dibunuh di Florida. Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar Florida menyatakan buaya paling besar yang pernah ditangkap pada tahun lalu di negeri itu ialah sepanjang 4.37 meter. – Agensi

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s