Gua Kristal Naica

SEKILAS pandang, gua kristal di kawasan perlombongan Naica di Chihuahua, Mexico kelihatan seperti set penggambaran cerita Superman yang memaparkan watak Clark Kent bertemu dengan bapanya, Jo-El di planet Kripton.

Namun, terdapat sedikit perbezaan apabila ‘gua kristal’ dalam cerita Superman mempunyai suasana putih bercahaya, manakala Naica lebih gelap dan suram.

Gua Kristal Naica, terletak 300 meter di bawah tanah dan sepanjang 27 meter.

Ia ditemui pada tahun 2000 oleh sekumpulan pelombong ketika melakukan kerja-kerja mengorek terowong dan mengepam air bagi mengelakkan kawasan perlombongan Naica ditenggelami air.

Pada mulanya, kumpulan pelombong menemui beberapa batu yang kelihatan seperti kristal sebelum meneruskan operasi menggali dan menemui gua kristal gergasi.

Gua istimewa itu turut menyaksikan penemuan kristal yang mempunyai ukuran diameter sebesar empat meter, panjang 12 meter dan berat 55 tan, sekali gus mungkin menjadi kristal terbesar pernah ditemui.

Dari 1970 hingga 1990-an, kawasan perlombongan Naica terkenal dengan hasil galian seperti emas dan perak sebelum kemunculan zink dan plumbum yang dilihat lebih bernilai.

Jika gambar-gambar yang dirakam diteliti, kesemua kristal yang terdapat dalam gua tersebut kelihatan seperti bongkah ais dan mungkin orang menyangka ia bersuhu sejuk.

Namun, tahukah anda, suhu di dalam gua tersebut sebenarnya boleh mencecah sehingga 58 darjah celcius dengan 90 hingga 99 peratus kelembapan.

Tanpa perlindungan khas, manusia hanya boleh terdedah pada suhu panas di dalam gua tersebut selama 10 minit.

Justeru, kumpulan pelombong mengambil inisiatif mencipta sendiri ‘tangki oksigen sejuk’ dan sut khas yang membolehkan mereka berada lebih lama di dalam gua untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan pemantauan.

Gua Kristal Naica terletak di gua batu kapur yang mempunyai saliran magma di bawahnya di mana ia bertindak memanaskan air bawah tanah sebelum bertukar menjadi tepu dengan campuran beberapa bahan galian termasuk gipsum.

Gipsum merupakan inti pati utama kepada pembentukan kristal dan ruang gua yang dipenuhi dengan air panas itu akan kekal selama kira-kira 500,000 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, suhu air terbabit akan berada pada satu tahap konsisten iaitu melebihi 50 darjah Celcius dan keadaan itu secara tidak langsung membentuk kristal bersaiz besar.

Berdasarkan pemerhatian sekumpulan penyelidik, lantai gua tersebut dipenuhi dengan blok-blok kristal berkilat dan keras.

Sehingga hari ini, gua berbentuk seperti ladam kuda itu boleh dimasuki bagi membolehkan syarikat perlombongan meneruskan kerja-kerja mengepam air untuk mengekalkan keadaan kering di dalamnya.

Pada 2009, sebuah lagi gua kristal yang diberi nama Istana Ais ditemui di kawasan yang sama terletak 150 meter di bawah tanah dan tidak dipenuhi air.

Berbeza dengan gua kristal gergasi Naica, Istana Ais atau Ice Palace mempunyai formasi kristal yang lebih kecil dan struktur lebih halus.

Sehingga kini, pelbagai pihak tampil untuk melakukan kajian terhadap gua tersebut bagi mencungkil misteri kewujudannya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s