Harta karun di tapak projek perumahan ditemui

JOHOR BAHRU: Walaupun hanya tinggal sisa runtuhan, tapak rumah setinggan di Kampung Belantik di sini, menarik minat sekumpulan pemburu harta karun apabila beberapa lokasi di situ didakwa mengandungi emas ditanam pemilik asal rumah yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Sejurus sisa runtuhan rumah dibersihkan pihak pemaju, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), tapak rumah itu terus dikerumuni pemburu harta karun berkenaan.

Lebih sebulan berkampung menjalankan kerja mengorek dan mendulang di beberapa lokasi tapak rumah terbabit, kumpulan pemburu harta karun itu mendakwa kononnya mengaut lebih dua guni emas muda yang ditanam di situ.

Penduduk Adnan Busu, 58, berkata, bagi mengesan lokasi emas berkenaan, pemburu harta karun terbabit turut menggunakan khidmat seorang dukun.

“Dengan membaca mantera tertentu dan membakar kemenyan, dukun terbabit dikatakan dapat mengesan lokasi emas sebelum kerja menggali dilakukan.

“Bukan hanya pemburu emas dan dukun, beberapa pembeli logam berharga itu turut menunggu di tapak berkenaan setiap hari untuk mengambil emas siap digali sebelum diproses,” katanya.

Menurutnya, emas yang ditemui dipercayai ditanam pemilik asal tapak rumah berkenaan sejak 20 tahun lalu berikutan ketika bahan itu ditemui, ia masih muda dan lebih murah jika dijual.

“Menurut rakan pemilik rumah berkenaan, emas itu diperoleh hasil kerja mendulang di sekitar Endau, Mersing sebelum ditanam semula di tapak Kampung Belantik supaya emas terbabit masak dan nilainya meningkat berkali ganda,” katanya.

Katanya, kerja mencari emas bermula pertengahan September lalu dan dihentikan tiga minggu kemudian selepas saki-baki emas yang ada ditemui.

Bagaimanapun, katanya, satu lagi kumpulan pemburu harta karun dikatakan datang ke kampung berkenaan untuk melombong harta karun dipercayai tertanam di satu lagi tapak rumah kira-kira 50 meter dari lokasi pertama.

“Mereka datang semula kira-kira akhir Oktober lalu bukan saja menggunakan khidmat dukun, malah ada yang membawa bersama alat khas mengesan emas.

“Kononnya alat itu disewa khas dan dianggap berkesan apabila dapat mengesan lokasi emas dipercayai tertanam.

“Kerja menggali lubang sedalam kira-kira 10 meter di lokasi emas dipercayai tertanam dibantu sebuah jengkaut sewa,” katanya.

Bagaimanapun, kumpulan itu dikatakan hampa apabila selepas hampir seminggu menjalankan kerja mengorek dan mendulang, harta karun diimpikan gagal ditemui.

Sementara itu tinjauan Harian Metro ke lokasi pertama mendapati lebih 10 lubang sedalam dua meter digali pemburu emas berkenaan.

Manakala di lokasi kedua, lubang besar digali sebelum ini sudah ditimbus apabila pencarian harta karun itu gagal membuahkan hasil.

Jurucakap MRCB ketika dihubungi menafikan wujudnya emas di kawasan tapak rumah penduduk yang dirobohkan seperti didakwa.

“Perkara itu tidak benar, hasil siasatan mendapati tindakan pemburu emas mengorek lubang mencari logam berharga itu hanya mendatangkan masalah kepada penduduk apabila air bertakung menjadi punca pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Sumber : Harian Metro

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s