Panjut

Sekarang sudah malam tujuh likur. Malam yang penuh syahdu. Malam yang terang kemilau menyuluh seisi kampung. Sepanjang malam ini pelita dinyalakan di sekeliling rumah dari maghrib sehinggalah ke santak pagi. Kami memanggilnya Panjut.

Ada pihak yang mendakwa bahawa pemasangan pelita ini syirik kerana ianya menyerupai amalan Hindu yang menerangi rumah untuk menyambut Dewi Lakhsmi (Dewi Kekayaan) masuk ke rumah di malam Deepavali. Jadi pendapat itu juga terus menjatuhkan Fatwa bahawa pemasangan panjut ini amalan turun-temurun warisan Hindu.

Tetapi pernahkan mereka bertanya apakah asal-usulnya panjut ini?. Kenapa panjut dipasang sepanjang malam 23 hingga malam 30 Ramadhan yang dikatakan malam Tujuh Likur itu?. Sejarah panjut ini sebenarnya amat sinonim dengan bangsa kita yang amat taat dengan ajaran alim-ulamak dulu-dulu.

Panjut sebenarnya dipasang di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan di kampung-kampung untuk menerangi mereka yang ingin bertahajjud di masjid lewat 10 malam terakhir Ramadhan. Dahulu tiada lampu elektrik yang memancar dari tiang-tiang tinggi. Tanyalah sesiapa sahaja, bahkan guru-guru alim sekalipun takut berjalan di dalam gelap. Bukan kerana takut pada hantu syaitan, tetapi kegelapan itu berkemungkinan terselindungnya segala macam bahaya binatang buas dan yang berbisa, kejahatan manusia yang ingin merompak dan memperkosa bahkan yang sekecil-kecilnya seperti duri dan juga ranjau.

Peranan Panjut sewaktu ketika dulu amat jelas sebagai cahaya yang menerangi mereka yang ingin ke masjid untuk mendapatkan fadilat Malam Lailatul Qadar. Fungsinya amat nyata tiada perkaitan langsung dengan amalan Hindu bahkan amalan yang terpuji yang dilakukan di Bulan Ramadhan. Jadi mereka yang memasang pelita panjut ini sekiranya pun tidak mendapat kelebihan di malam 1000 bulan itu, tetapi usaha mereka memudahkan orang-orang ingin mendapatkan kelebihan malam ini pasti akan dikurniakan oleh Allah dengan ganjaran pahala.

Sehingga ke hari ini, amalan memasang panjut ini masih berkesinambungan cuma kemeriahannya kini tiada lagi. Generasi hari ini ramai yang tidak tahu sejarah pemasangan pelita panjut ini cuma sekadar ikut-ikutan semata-mata. Kerana generasi dahulu memasangnya. manakala sesetengah golongan yang buta sejarah terus melebalkannya sebagai amalan masyarakat hindu.

Saya akui bahawa pemasangan Panjut ini sudah tidak relevan lagi dengan keadaan semasa dan ianya hanyalah pembaziran wang ringgit membeli kerosene yang dibakar dari senja hingga ke waktu Subuh. Tetapi saya tetap menegaskannya sebagai Bida’ah Hasanah, sebagai tanda kita mengenang betapa sukarnya orang dulu-dulu ingin ke masjid hingga terpaksa diterangi sepanjang jalan dengan pelita. Kita di zaman ini patut bersyukur dengan kurniaan ilahi kerana kita tidak sukar lagi setelah lampu jalan banyak menyuluh di merata tempat.

Sepatutnya dengan mengenang sejarah Pelita Panjut ini akan membuatkan kita lebih berazam untuk bangun dan berqiamullail di masjid. Bukan menuduh yang bukan-bukan. Yang pentingnya niat di dalam hati.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s