Sotong kering

BESUT – Perusahaan membuat sotong kering di daerah ini semakin pupus apabila hanya tinggal kira-kira empat pengusaha sahaja yang masih menjalankan perniagaan berkenaan berbanding lebih 15 pengusaha 10 tahun lalu.

Pengusaha sotong kering yang masih aktif, Khalsom Salleh, 70, berkata, bilangan pengusaha sotong semakin berkurangan disebabkan kesukaran untuk mendapat bekalan sotong berbanding dahulu.

Dia yang mengusahakan sotong kering lebih 50 tahun lalu di pantai Air Tawar dekat Pengkalan Nyireh berkata, kesemua empat pengusaha yang aktif pada masa kini beroperasi di kawasan Pantai Air Tawar.

“Dulu sotong banyak tetapi sejak empat tahun belakangan ini kami sukar mendapatkan sotong dalam jumlah banyak menyebabkan perusahaan ini terbantut,” katanya yang ditemui di tempat menjemur sotong berdekatan rumahnya di sini.

Khalsom berkata, beberapa spesies sotong digunakan untuk dijadikan sotong kering iaitu sotong torok (panjang), sotong katak, sotong mengambang dan sotong kurita.

Katanya, dia kini memiliki 11 pekerja terdiri dalam kalangan suri rumah yang bertugas membersih dan menjemur sotong serta mengeringkan di dalam rumah pemanasan yang dipanggil ‘gok’.

“Sotong yang dibeli di jeti perikanan Kuala Besut atau Tok Bali terlebih dahulu akan dibersihkan kemudian dibelah sebelum dijemur di atas para di bawah cahaya matahari selama sehari.

“Sotong itu kemudiannya dipanaskan dalam gok dengan membakar arang selama semalaman sebelum dijemur sehari lagi di tempat panas,” katanya.

Menurutnya, apabila kering, sotong itu akan digredkan kepada tiga kelas iaitu A, B dan C. “Sesudah itu, sotong yang sudah siap digredkan akan diambil oleh pemborong dan diedarkan ke seluruh negara,” katanya.

Khalsom berkata, dahulu pemborong dari Kuala Terengganu dan negeri lain datang membeli sotong tetapi kini hanya pemborong tempatan sahaja yang membeli.

Katanya, permintaan pelanggan tinggi namun kekurangan bekalan sotong menyebabkan niat untuk mengusahakan sotong dalam kuantiti tinggi terbantut.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s