Masjid ini dibina makhluk ghaib

Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat telah wujud sekitar abad ke-12 Masihi. Uniknya, senibina dan rekabentuk masjid ini amat berbeza dengan masjid-masjid lain di mana tiada sebarang kubah mahu pun batu marmar dibina dalam masjid ini.

Sebaliknya, bangunan ini hanya dibina dengan dilapisi oleh lumpur. Tulisan kaligrafi yang terdapat di dinding masjid ini juga dipahat daripada lumpur.

Menurut kepercayaan masyarakat tempatan, Masjid Nando tidak dibina oleh manusia. Mereka mendakwa masjid ini dibina oleh makhluk ghaib. Selain reka bentuk masjid yang unik, tanggapan penduduk tempatan diperkuatkan lagi dengan kehadiran bekas tapak kaki raksasa pada salah satu sudut masjid.

Walau apa pun tanggapan penduduk tempatan, bagi saya Masjid Nando harus dihargai dan dijaga dengan sebaik mungkin bukan sahaja kerana keunikan senibinanya, malah ia menyimpan sejarah tersendiri sejak dibina pada abad ke-12 Masihi.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

1 Response to Masjid ini dibina makhluk ghaib

  1. Juzida Gee Sor berkata:

    macam2 saya baca tentang perkara ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s