Maharaja kayu

Foto Sifuli Wali Qudus dan Khairul

Sudah lama saya tak masuk ke webblog ini, apatahlagi menghantar entrynya. Terdapat 177 komen yang maseh tertapis kerana tidak ada masa untuk melepaskannya. Sudah lama saya tidak mencari berbagai jenis kayu bertuah di hutan belantara, sejak saya ketiadaan kereta pacuan empat roda. Kedua kereta pacuan empat roda kegunaan saya dan Wannura telah di jual. Kini saya cuma memesan dari kawan kawan jenis kayu yang saya ingini untuk keperluan. Sebenarnya kos membeli kayu yang diingini adalah jauh lebih murah dari mencarinya sendiri di hutan belentara.

Berapa bulan yang sudah Wali Qudus (Azman) bersama rakannya Khairul ada datang ke Ipoh. Katanya nak tengok kayu. Mereka bertolak dari Kuala Lumpur selepas solat subuh dan tiba di Ipoh jam 10 pagi. Saya dan Wannura tunggu mereka di Jalan Tambun dan membawa mereka ke PORT koloni karyawan aman jaya (tempat orang perak berkarya) setelah berehat dan bergambar disana sekejap sementara saya menyelesaikan sedikit urusan kerana akan mengadakan sesi talk mengenai seni terapi di situ, kami telah minum pagi di cafe Old Town Ampang.

Kemudian kami telah melawat koleksi kayu Mr Low di Ampang. Mr low ini bolehlah dianggap sebagai jutawan kayu kerana beliau telah menghabiskan berjuta juta ringgit wang mencari kayu di hutan belantara kerana beliau gila kayu. Wali Qudus diantara mereka yang diberi peluang melihat koleksi kayu yang bernilai berjuta juta ringgit itu, kerana tidak semua orang boleh melihatnya, hanya kawan Mr Low sahaja atau mereka yang datang dengan saya dan wannura.

Selepas melihat koleksi kayu Mr low, Wali Qudus kami bawa melihat koleksi kayu saya dan Wannura, walau pun koleksi kayu kami tidak mencecah jutaan ringgit, tapi saya memiliki kayu teruna yang lebih besar dari Mr Lww dan Wali Qudus terpegun melihatnya. Agar tidak kempunan saya telah menghadiahkan Wali Qudus kayu teruna kepadanya sebagai kenangan mengusik jiwa.Kemudian saya menunjukan koleksi kayu lama yang berharga jutaan ringgit di sebelah teratak saya.

Kami makan tengahari di Bandar Sunway Tambun Ipoh, makan nasi beriani tanam. Sehingga jam 8.00 malam Wali Qudus maseh tidak berganjak dari tempat makan.Akhirnya saya dan wannura minta diri dan kami bersurai. Sehingga ke saat ini Wali Qudus tidak menghubungi saya, Mungkin asyik dengan kayu teruna yang saya beri.

Beberapa hari yang sudah Neo Iskandar pula datang ke teratak saya, pokoknya sudah tentu kayu. Entah macam mana beliau teringin memiliki gambar tukul yang saya miliki untuk masuk face book bagi kawan tenguk katanya. Wannura terpaksa memasuki gambar tukul tersebut ke face booknya kerana gambar tersebut dalam I phonenya tidak boleh dipindahkan dalam kamera Samsung Neo Iskandar. Bila gambar tukul kayu masuk Face book Wannura banyaklah mereka yang like termasuklan sahabat saya di Brunei Tuan Haji Awang.

Sebenarnya hampir kesemua tukul dalam gambar tersebut telah habis saya hadiahkan kepada sahabat handai termasuklah wali Qudus, Khairul dan Neo Iskandar. Bila Wannura beritahu Tuan Haji Awang komen gambar Tukul tersebut, saya kata hadiahkan yang special satu pada beliau. Kebetulan tukul yang special cuma tinggal satu, ia itu tukul yang diperbuat dari Maharaja kayu. Lumrahnya bila kita kata kayu itu special mereka mesti tanya kayu apa, termasuklah Tuan Haji Awang.

Tukul kayu sifuli dari berbagai jenis kayu

Buat pengetahuan Tuan Haji Awang Maharaja kayu tersebut adalah spesis atau keluarga raja kayu, tapi ia adalah Maharaja diantara raja kayu kerana keistimewaan yang tertentu. Samalah seperti Maharaja manusia yang cumalah terpilih dikalangan keturunan raja raja. Bezanya begitu jualah Maharaja kayu, kelebihannya pada baka, tempat tumbuhnya, bahagian dari pokok dan sebagainya. Sebagai contoh diantara padi sawah (dalam air) dengan padi bukit mempunyai rasa dan harga yang sangat berbeza, begitu jualah beza diantara raja kayu dengan Maharaja kayu. Kemudian kayu dibahagian akar, pangkal, tengah dan hujung mempunyai nilai yang berbeza. Begitu juga nilai diantara teras dan kayunya tentunya amat jauh berbeza, jika tak percaya tanya Wali Qudus. Bukan semua pokok kayu boleh menghasilkan teras, begitu jualah bukan semua raja kayu boleh menghasilkan maharajanya.

Sehingga kini saya masih tidak menemui nama sains atau botani raja kayu, sukar ditemui, Seperti sukarnya mencari raja kayu di hutan belentara.Pokok Raja kayu cuma berwarna merah dibahagian dahannya, berwarna putih pada batangnya, berwarna kuning pada kayunya dan berwarna hitam pada getahnya.Perhatikan pada tukul yang saya beri, terdapat semua warna tersebut.

Harga raja kayu melambung naik setelah rahsianya sebagai susuk tenaga batin diketahui orang ramai dan kini kian tersebar.Hanya mereka yang arif mengenali jenis raja kayu yang layak disebut Maharaja kayu untuk dipersembahkan kepada Maharaja China dahulu kala menjadi susuk tenaga batin untuk melayan ribuan gundiknya.Darah dari dalam kayu tersebut akan sentiasa mengalir ke bahagian permukaan kayu jika ianya sering dipegang dan disayangi dan warnanya sering berubah menurut hati dan perasaan. Oleh itu bukan semua raja kayu yang ditemui boleh disebut maharaja kayu, cuma raja kayu yang layak dipersembahkan kepada maharaja sahaja yang boleh disebut Maharaja kayu.

Bagaimana pun harga tukul Maharaja kayu yang saya beri kepada Tuan Haji Awang itu mungkin tidak ternilai harganya, kerana nilainya adalah seperti harga persahabatan kita yang tidak boleh dijual beli. Walau pun kita jauh di mata, tapi pada saya ianya dekat dihati. maka saya kirimi cenderahati untuk menjadi cenderamata sebagai tandanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Maharaja kayu

  1. HAJI ABDUL HALIM berkata:

    Assalamaulaikom sahabat ku yg ku hormati, semoga tuan dan isteri serta keluarga senantiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah. Rasa nya tidak cukup hanya dgn ucapan terima kasih sahaja yg dapat saya ungkapkan, hanya saya serahkan kapada Allah Subahanahu Wataala juga untok memberikan ganjaran pahala di atas budi baik tuan an puan Wannura itu.

    Alhamdulillah saya dah ada Raja Kayu merah, Raja Kayu Putih dan Raja Kayu Hitam dan kini Maharaja Kayu pulak, alhamdulillah. Saya juga ada nampak kat facebook tuan Ramliraman Mohd tentang Raja Kayu Hijau – entah bila saya bolih dapat kayu itu tertaalok kpd jika saya di izinkan Allah ada rezeki saya untok memiliki nya.

    Akan saya simpan tukul sampai bila2, dan insyallah saya jua bercadang untok menghadiahkan sebatang tongkat drpd kayu Madang Sisik yg mana mengikut tuan Waliqudus dan juga orang2 tuan di Brunei ia lah Raja Kayu.

    Semoga tuan dan puan Wannura dan juga keluarga senantiasa berbahagia, murah rezeki, senantiasa di dlm lindungan dan rahmat Allah dan permudahkan Allah apa jua urusan, Amin.

    • pakcikli00 berkata:

      Waalaikumusalam

      Tuan Haji Awang yang dihormati,

      Saya dan Wannura juga mengucapkan kesejahteraan ke atas tuan sekeluarga.

      Terharu jua saya membaca komentar tuan di atas bila membaca beberapa perkataan yang tuan sebut seperti mengucap nama tuhan As Salam (kesejahteraan), Alhamdulillah (memuji nama Allah), mengucap terima kaseh (Ar RAhman) kepada tuhan dan pengakuan tuan akan menyimpan tukul itu sampai bila bila adalah tanda sayang (Ar Rahim). Itu kalimat yang bakal terbit pada ucapan mereka yang beriman bila sesuatu yang kita lakukan atasnya dengan rasa cinta yang ikhlas kerana Allah swt tanpa dakwa dan dakwi sebagai sifat seorang hamba Allah swt. Maka dapatlah kita bersama sama mengucap dan menghayati kebesaran Allah swt dan kepadaNya jualah semuanya termasuk diri kita akan kembali selamanya (hari kemudian).

      Makanya jika pukulan tukul kayu yang pertama saya hadiahkan pada tuan ketika berkunjung di Kuala Lumpor maseh kini terasa di raga cuma.

      Pukulan tukul kayu yang kedua saya hadiahkan pada tuan ini, walaupun tidak mengenai raga, tapi tanpa tuan sedari ianya telah mengetuk jiwa sehingga tanpa disedari tuan telah meluahkan perasaan kaseh, sayang, dan sejahtera yang tidak terucap pada komentar tuan di atas untuk menyatakan cinta kepada tuhan yang maha Esa.

      Samoga sepasang tukul yang telah mengetuk diri tuan jiwa dan raga (zahir dan batin) itu boleh menyata keadaan kudrat, iradat, ilmu dan hayat Allah swt yang mencipta alam semesta untuk keperluan manusia membina kesihatan menyembuhkan penyakit, Insyaallah.

      Mulailah dengan membaca umul al Quraan (surah Al Fatihah) setiap kali sebelum menggunakan tukul tersebut. Hanya dengan memuji nama Allah tuhan semesta alam sahajalah, baru turunnya rahmat Alah ia itu kaseh dan sayang yang menguasai hari kemudian.Begitulah maksud ayat ayat mula surah tersebut.

      Itulah hakikatnya mengenai tukul tersebut.

      Wasalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s