Ratusan duit syiling jatuh dari langit

SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya.

Sumber asal dari hmetro.com.my

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

kereta mafia Al Capone kalis peluru dilelong RM satu juta

PLYMOUTH – Sebuah kereta Cadillac V-8 buatan tahun 1928 yang pernah menjadi milik ketua gengster terkenal di Amerika Syarikat, Al Capone akan dilelong di sini.

Agensi lelongan RM Auctions akan melelong kereta tersebut pada 28 Julai depan.

Kereta itu dijangka dilelong antara harga AS$300,000 (RM952,866) hingga AS$500,000 (RM1.58 juta).

Ia merupakan antara kereta kalis peluru yang terawal pernah dihasilkan.

Cermin kereta itu setebal hampir 25.4 milimeter. – Reuters

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

Saya serik pakai cincin

KUALA TERENGGANU: Dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi. Sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.

“Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah.

Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.

“Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.

Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin.

Sumber : EMTV.com.my

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

Gambarfoto hantu raya yang di temui mati

Sekumpulan remaja melaporkan pembunuhan “makhluk misteri” di Panama. Makhluk yang sebahagian pihak mengangapnya sebagai alien, sementara yang lain mengatakan itu adalah haiwan yang membusuk, dilaporkan makhluk itu datang menghampiri sekumpulan remaja tersubut, lalu mereka terlalu takut dan melemparkan batu ke arah haiwan terbabit.

Ketika makhluk itu meninggal, remaja tersebut mencari keberanian untuk mengambil gambar. Pihak bertanggungjawab di Panama bekerja keras untuk mengenalpasti organisma ini yang mungkin dari spisis hantu raya.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 3 Komen

Burung terbesar pernah di temui di dunia

Gambarfoto di atas adalah Magnificens Argentavis (ataupun “burung Argentina luar biasa”) adalah burung yang boleh terbang terbesar yang pernah ditemui, lebih besar dalam setiap aspek daripada makhluk yang boleh terbang lain, termasuk Helang besar Haast dari Pleistosen ke Holosen New Zealand. Burung ini, kadang-kadang disebut Teratorn Giant, adalah spesies yang telah pupus dan dijumpai (pada 2009) daripada tiga lokasi dari Miosen akhir (6 juta tahun sebelum sekarang) tengah dan barat laut Argentina , di mana contoh yang baik fosil telah diperolehi.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

Sepasang tiara (makhota) didakwa milik Raja Muzzaffar Shah di temui

KUALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun menghilangkan diri, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya pewaris takhta Sultan Melaka semalam tampil semula dengan ‘perjuangan’ terbarunya.

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, kali ini membawa dua lagi alat kebesaran yang didakwanya satu lagi bukti paling penting melayakkan dirinya sebagai waris terakhir Sultan Melaka.

Membahasakan dirinya Pak Engku, dia membawa sepasang tiara Raja Muzzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Melaka yang dibuang ke laut pada tahun 1528 di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama Beting Beras Basah.

“Setelah hampir 480 tahun, tiba-tiba Pak Engku mendapat ‘ilham’ dan ‘petunjuk’ bahawa mahkota itu berada di Pulau Nangka, Melaka.

“Jadi, Pak Engku bersama Pawang Diraja Melaka, Datuk Setia Diraja Melaka dan seorang lagi ke kawasan tersebut pada 30 Januari 2007, tak sampai sejam, tiara itu dijumpai,” katanya yang hadir ke pejabat Kosmo! Ahad di sini semalam.

Dakwa Raja Nor Jan lagi, lokasi persinggahannya di pulau itu adalah di sebuah pondok milik tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din yang dikatakan gemar mencari artifak lama.

Kira-kira tiga tahun lalu, Raja Noor Jan Shah yang merupakan ahli perniagaan berasal dari Teluk Perang, Perak menggemparkan seluruh negara apabila mendakwa sebagai Sultan Melaka Ke-44 selepas Melaka kehilangan sultan selama 481 tahun.

Dia dilaporkan yakin gelaran itu mampu dimilikinya dengan mendakwa menyimpan keris Taming Sari milik Laksamana Hang Tuah serta tongkat Lang Buana.

Alat kebesaran lain yang turut dipertontonkan pada masa itu ialah sepasang keris Bedut seberat 1.8 kilogram yang tertera nama Ahmad bin Mahmud dalam tulisan Jawi dan persalinan lengkap yang pernah dipakai oleh Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka Ke-9 dari 1516 hingga 1528.

“Perjuangan saya belum selesai… dengan bukti terbaru itu, Pak Engku sarankan agar Perlembagaan Diraja mengambil berat akan hal ini dan seterusnya membawa ke Majlis Perundingan Raja-Raja,” katanya.

Pak Engku yang lengkap berpakaian kot dan bertali leher serta songkok berwarna kuning dilihat menunjukkan perubahan drastik terutama dari segi penampilan dan wajahnya kerana kelihatan agak kurus dan tidak lagi bermisai.

Ditanya ke mana menghilangkan diri selama ini, katanya, dia sengaja berbuat demikian dan sibuk menguruskan perniagaan dan keluarganya.

Ditanya pula mengapa baru sekarang mahu tampil dan sekali lagi membuat tuntutan, Pak Engku sambil berseloroh berkata: “Pak Engku merasakan ‘rakyat’ rindukan Pak Engku.”

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | 2 Komen

Aishah Gabenor Bank Alam Bunian

Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?

Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia :

Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 – Julai 1962)
Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980)
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 – Jun 1985)
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (Jun 1985 – Mei 1994)
Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 – Ogos 1998)
Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 – April 2000)
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 – Kini)

Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | 6 Komen

Misteri Istana Bilah terbongkar

PENUNGGU Istana adalah filem realiti seram mengisahkan misteri peninggalan sebuah rumah di Papan, Perak. Premis dikenali sebagai Istana Bilah dibina ratusan tahun dulu dipercayai hasil tangan sekumpulan bangsawan keturunan suku Mandailing di Sumatera, Indonesia.

Cerita mitos mengatakan rumah berkenaan berpuaka kemudiannya memaku perhatian sekumpulan lima orang pelajar dari ibu kota ke sana. Tujuannya untuk membongkar rahsia lokasi berkenaan yang dikatakan rancak dengan aktiviti paranormal. Rakaman yang bakal membuktikan kajian yang dipamerkan punya justifikasi tertentu.

Sekali gus membuktikan kebenaran cerita karut yang dikhabarkan masyarakat sekeliling selama ini. Tambahan pula bantuan khidmat kepakaran daripada Kumpulan Seekers, harapan untuk menjayakan misi pembongkaran itu berjaya.

Di situlah kehebatan Penunggu Istana apabila aktiviti paranormal yang berlaku didedahkan satu persatu. Apatah lagi sebelum ini ada peristiwa berlaku di kalangan krew-krew produksi drama Warkah Terakhir yang pernah ‘diusik’ sebelum ini.

Tanggungjawab yang dipikul oleh Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf ini sebenarnya berat. Memburu entiti paranormal berbekalkan peralatan canggih oleh ketua Kumpulan Seekers iaitu Uncle Seekers.

Secara naratifnya, persembahan filem Penunggu Istana ini berdasarkan jurnal yang diperolehi mereka sendiri. Cantuman footage selama 15 hari berkampung di Istana Bilah kemudiannya difilemkan.

Acara kemuncak bagi membuktikan Istana Bilah sebenarnya berpuaka apabila salah seorang daripada kumpulan itu membakar kemenyan. Ada juga yang menggunakan darah haid salah seorang pelajar perempuan. Kedua-dua amalan yang bertujuan untuk menjamu penunggu agar muncul segera.

Meskipun sudah dilarang keras oleh Uncle Seekers bagaimanapun ia membuahkan hasil. Makhluk halus yang dinantikan muncul meskipun tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Juga satu demi satu aksi pergerakan dan penemuan ditunjukkan. Penonton akan melihat secara jelas bentuk fizikal entiti halus yang selama ini dicanangkan.

Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios yang juga bertindak sebagai Penerbit Eksekutif, Tengku Iesta Tengku Alaudin memberitahu bahawa kehebatan Penunggu Istana sememangnya tersendiri.

‘‘Ia bukan seperti filem-filem seram terdahulu yang menampakkan kesemua bentuk fizikal makhluk halus. Paparan yang dipamerkan bukan untuk menakut-nakutkan tetapi lebih kepada realiti visual. Misteri penunggu yang selama ini diperkatakan telah terbongkar,’’ katanya.

Pada masa yang sama, Tengku Iesta menolak tanggapan bahawa filem itu dirakamkan untuk menggentarkan sesiapa yang singgah ke istana berkenaan.

Apa yang ingin dipersembahkan adalah bukti kepada cerita-cerita yang direka sebelum ini bercerita lokasi berkenaan berhantu. Sekali gus mengesahkan kiasan orang lama mengatakan kalau bulu roma meremang, pasti ada kehadiran ‘benda’ itu.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

Kain Palayakat

Kain pelikat merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki. Kain sarong ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.

Kain pelikat biasanya dijual secara berjait atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.

Seorang pengembara Feringgi (Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538 Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari PaLaiyakat iaitu satu kawasan di Thondai Mandalam yang terbentuk dari daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu. It a turut merangkumi tanah Cholza. Mereka berdagang kain sarung khusus, kain putih dan barangan sebagainya yang diimport dari Palekat. Ia begitu popular sehinggakan kain ini dikenali sebagi kain pelikat.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kawah

Sonang cerita kawah ini di cari bila nak kawin untuk masak nasi dan lauk pauk kenduri kendaranya.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen