Mentimun

Mentimun, timun, atau ketimun (Cucumis sativus L.; suku labu-labuan atau Cucurbitaceae) merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang dapat dimakan. Buahnya biasanya dipanen ketika belum masak benar untuk dijadikan sayuran atau penyegar, tergantung jenisnya. Mentimun dapat ditemukan di berbagai hidangan dari seluruh dunia dan memiliki kandungan air yang cukup banyak di dalamnya sehingga berfungsi menyejukkan. Potongan buah mentimun juga digunakan untuk membantu melembabkan wajah serta banyak dipercaya dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

Habitus mentimun berupa herba lemah melata atau setengah merambat dan merupakan tanaman semusim: setelah berbunga dan berbuah tanaman mati. Perbungaannya berumah satu (monoecious) dengan tipe bunga jantan dan bunga hermafrodit (banci). Bunga pertama yang dihasilkan, biasanya pada usia 4-5 minggu, adalah bunga jantan. Bunga-bunga selanjutnya adalah bunga banci apabila pertumbuhannya baik. Satu tumbuhan dapat menghasilkan 20 buah, namun dalam budidaya biasanya jumlah buah dibatasi untuk menghasilkan ukuran buah yang baik.

Buah berwarna hijau ketika muda dengan larik-larik putih kekuningan. Semakin buah masak warna luar buah berubah menjadi hijau pucat sampai putih. Bentuk buah memanjang seperti torpedo. Daging buahnya perkembangan dari bagian mesokarp, berwarna kuning pucat sampai jingga terang. Buah dipanen ketika masih setengah masak dan biji belum masak fisiologi. Buah yang masak biasanya mengering dan biji dipanen, warnanya hitam.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Mancis

Orang primitif yang tinggal di dalam gua menggores batu- batu keras untuk menghasilkan bunga api yang dapat membakar daun kering. Api ani juga berguna untuk menghalau binatang- binatang liar daripada menyerang bisdurang. Beribu- ribu tahun kemudian, orang Rom pula mengetuk dua ketul batu bersama- sama dan terhasillah bunga api. Bunga api atu dikenakan pada bilah- bilah kayu yang disapukan dengan sulfur.

Pada zaman Pertengahan, bunga api yang terhasil apabila batu dan besi digeselkan lalu dikenakan pada cebisan- cebisan guni, lumut atau fungus yang telah kering. Bahan- bahan mudah menghasilkan api dipanggil rabuk. Mancis moden mula dibuat apabila fosforus ditemui. Fosforus adalah bahan yang mudah terbakar pada suhu yang rendah.

Dalam tahun 1681, seorang Inggeris bernama Robert Boyle mencelupkan sebilah kayu yang telah dicampurkan sulfur ke dalam suatu campuran sulfur dan fosforus. Namun begitu, ciptaannya tidak praktikal kerana mancis atu terbakar dengan begitu cepat. Selepas atu, penciptaan mancis telah ditingkatkan kualitinya sehingga masa kini.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Telur burung gajah dilelong bermula Rp 86.3 juta

Binatang terbesar adalah gajah. Telur terbesar adalah telur gajah… eh telur burung gajah. Telur unggas setinggi tiga meter dan seberat empat kuintal dari Madagaskar itu sangat besar. Panjangnya sampai 34 cm dan kelilingnya satu meter.

Telur burung yang setara 160 telur ayam tersebut bakal dilelang di The Chelsea Antiques Fair di London, Rabu mendatang. Menurut AFP, harga dasarnya dipatok GBP 5.000 atau sekitar Rp 86,3 juta. Jangan berharap telur itu bisa ditetaskan atau direbus. Sebab, telur itu sudah membatu.

Burung gajah memang sudah punah. Kepunahan tersebut belum lama, yakni pada pertengahan abad ke-17. Menurut wikipedia, gubernur jenderal penjajah Prancis, Etienne de Flacourt, yang memerintah Madagaskar pada 1648 mencatat kesaksiannya melihat burung gajah tersebut.

Setelah itu, burung tersebut tak ditemukan lagi. Itulah akhir sedih dari eksistensi dua juta tahun burung gajah di pulau sebelah timur Afrika tersebut. Burung itu punah karena kehadiran manusia.

Dari segi fisik, burung tersebut memang berpenampilan gagah. Namun, burung itu tak bisa terbang; jenis pelari (ratite) seperti burung unta. Menurut situs Bone Clones, lari pun dia tak bisa cepat karena kakinya besar tapi tidak panjang.

Burung gajah hanya bisa membela diri dengan mengandalkan tubuhnya yang besar serta paruhnya yang lancip. Tapi, itu semua jelas tak sebanding dengan senjata spesies manusia.

Kini, peninggalan burung gajah, selain tulang belulang, adalah telurnya yang tak ada tandingannya. Tentu bisa dibayangkan alangkah susah payah burung gajah mengeluarkan telur sebesar balon ulang tahun itu. Bila masih ada sekarang, seiring dengan meningkatnya gerakan hak-hak binatang, boleh jadi saat akan bertelur, dia diperjuangkan untuk dibantu operasi caesar. (sumber:jawa pos)

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Panjut

Sekarang sudah malam tujuh likur. Malam yang penuh syahdu. Malam yang terang kemilau menyuluh seisi kampung. Sepanjang malam ini pelita dinyalakan di sekeliling rumah dari maghrib sehinggalah ke santak pagi. Kami memanggilnya Panjut.

Ada pihak yang mendakwa bahawa pemasangan pelita ini syirik kerana ianya menyerupai amalan Hindu yang menerangi rumah untuk menyambut Dewi Lakhsmi (Dewi Kekayaan) masuk ke rumah di malam Deepavali. Jadi pendapat itu juga terus menjatuhkan Fatwa bahawa pemasangan panjut ini amalan turun-temurun warisan Hindu.

Tetapi pernahkan mereka bertanya apakah asal-usulnya panjut ini?. Kenapa panjut dipasang sepanjang malam 23 hingga malam 30 Ramadhan yang dikatakan malam Tujuh Likur itu?. Sejarah panjut ini sebenarnya amat sinonim dengan bangsa kita yang amat taat dengan ajaran alim-ulamak dulu-dulu.

Panjut sebenarnya dipasang di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan di kampung-kampung untuk menerangi mereka yang ingin bertahajjud di masjid lewat 10 malam terakhir Ramadhan. Dahulu tiada lampu elektrik yang memancar dari tiang-tiang tinggi. Tanyalah sesiapa sahaja, bahkan guru-guru alim sekalipun takut berjalan di dalam gelap. Bukan kerana takut pada hantu syaitan, tetapi kegelapan itu berkemungkinan terselindungnya segala macam bahaya binatang buas dan yang berbisa, kejahatan manusia yang ingin merompak dan memperkosa bahkan yang sekecil-kecilnya seperti duri dan juga ranjau.

Peranan Panjut sewaktu ketika dulu amat jelas sebagai cahaya yang menerangi mereka yang ingin ke masjid untuk mendapatkan fadilat Malam Lailatul Qadar. Fungsinya amat nyata tiada perkaitan langsung dengan amalan Hindu bahkan amalan yang terpuji yang dilakukan di Bulan Ramadhan. Jadi mereka yang memasang pelita panjut ini sekiranya pun tidak mendapat kelebihan di malam 1000 bulan itu, tetapi usaha mereka memudahkan orang-orang ingin mendapatkan kelebihan malam ini pasti akan dikurniakan oleh Allah dengan ganjaran pahala.

Sehingga ke hari ini, amalan memasang panjut ini masih berkesinambungan cuma kemeriahannya kini tiada lagi. Generasi hari ini ramai yang tidak tahu sejarah pemasangan pelita panjut ini cuma sekadar ikut-ikutan semata-mata. Kerana generasi dahulu memasangnya. manakala sesetengah golongan yang buta sejarah terus melebalkannya sebagai amalan masyarakat hindu.

Saya akui bahawa pemasangan Panjut ini sudah tidak relevan lagi dengan keadaan semasa dan ianya hanyalah pembaziran wang ringgit membeli kerosene yang dibakar dari senja hingga ke waktu Subuh. Tetapi saya tetap menegaskannya sebagai Bida’ah Hasanah, sebagai tanda kita mengenang betapa sukarnya orang dulu-dulu ingin ke masjid hingga terpaksa diterangi sepanjang jalan dengan pelita. Kita di zaman ini patut bersyukur dengan kurniaan ilahi kerana kita tidak sukar lagi setelah lampu jalan banyak menyuluh di merata tempat.

Sepatutnya dengan mengenang sejarah Pelita Panjut ini akan membuatkan kita lebih berazam untuk bangun dan berqiamullail di masjid. Bukan menuduh yang bukan-bukan. Yang pentingnya niat di dalam hati.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Sotong kering

BESUT – Perusahaan membuat sotong kering di daerah ini semakin pupus apabila hanya tinggal kira-kira empat pengusaha sahaja yang masih menjalankan perniagaan berkenaan berbanding lebih 15 pengusaha 10 tahun lalu.

Pengusaha sotong kering yang masih aktif, Khalsom Salleh, 70, berkata, bilangan pengusaha sotong semakin berkurangan disebabkan kesukaran untuk mendapat bekalan sotong berbanding dahulu.

Dia yang mengusahakan sotong kering lebih 50 tahun lalu di pantai Air Tawar dekat Pengkalan Nyireh berkata, kesemua empat pengusaha yang aktif pada masa kini beroperasi di kawasan Pantai Air Tawar.

“Dulu sotong banyak tetapi sejak empat tahun belakangan ini kami sukar mendapatkan sotong dalam jumlah banyak menyebabkan perusahaan ini terbantut,” katanya yang ditemui di tempat menjemur sotong berdekatan rumahnya di sini.

Khalsom berkata, beberapa spesies sotong digunakan untuk dijadikan sotong kering iaitu sotong torok (panjang), sotong katak, sotong mengambang dan sotong kurita.

Katanya, dia kini memiliki 11 pekerja terdiri dalam kalangan suri rumah yang bertugas membersih dan menjemur sotong serta mengeringkan di dalam rumah pemanasan yang dipanggil ‘gok’.

“Sotong yang dibeli di jeti perikanan Kuala Besut atau Tok Bali terlebih dahulu akan dibersihkan kemudian dibelah sebelum dijemur di atas para di bawah cahaya matahari selama sehari.

“Sotong itu kemudiannya dipanaskan dalam gok dengan membakar arang selama semalaman sebelum dijemur sehari lagi di tempat panas,” katanya.

Menurutnya, apabila kering, sotong itu akan digredkan kepada tiga kelas iaitu A, B dan C. “Sesudah itu, sotong yang sudah siap digredkan akan diambil oleh pemborong dan diedarkan ke seluruh negara,” katanya.

Khalsom berkata, dahulu pemborong dari Kuala Terengganu dan negeri lain datang membeli sotong tetapi kini hanya pemborong tempatan sahaja yang membeli.

Katanya, permintaan pelanggan tinggi namun kekurangan bekalan sotong menyebabkan niat untuk mengusahakan sotong dalam kuantiti tinggi terbantut.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Sokong kempen internet blackout

(Sokong kempen internet blackout bagi membantah Seksyen 114A)

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyokong kempen “Hari Internet Blackout” yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012.

Ketika Harakahdaily mengambil pendekatan menyiarkan iklan ‘pop up’ kempen ini, pelbagai media lain terus tidak mengemaskinikan sebarang kandungan laman masing-masing hari ini.

Dap mengambil sikap menghentikan terus sebarang aktiviti melalui laman web, twitter dan facebooknya hari ini.

Media Selangorku, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pula tidak menyiarkan sebarang berita bermula awal pagi ini hingga ke tengah malam esok.

Sebagai pengamal media yang telus dan bertanggungjawab, Media Selangorku berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai lalu akan menyekat kebebasan media internet, kata satu kenyataan dalam laman itu hari ini.

Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.

Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet.

Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita, kata kenyataan dalam laman Selangorku itu.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 9 Ogos lalu, Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap “Hari Internet Blackout”.

“Ia selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berinternet,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CIJ berkata kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.

Pada hari Internet Blackout tersebut, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam.

Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut.

“Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi.

“Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut,” sambungnya lagi.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Pantat kuali

Waduh, ampon pak, di Malaysia ini ngak bisa disebut pantat kuali, lebih cocok di panggil bontot kuali. Kegunaannya untuk dicocoh api.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Bedak batu

Ini adalah kotak bedak batu chop Nyonya zaman dulu.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Sepat Siam

Sepat siam (Trichogaster pectoralis) adalah sejenis ikan air tawar anggota suku gurami (Osphronemidae). Di Jawa Timur ia juga dikenal dengan nama sliper. Dalam bahasa Inggris disebut Siamese gourami (Siam adalah nama lama Thailand) atau snake-skin gouramy, merujuk pada pola warna belang-belang di sisi tubuhnya.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Batu belah batu bertangkup di temui

Batu Belah Batu Bertangkup ditemui di desa Bantayan Riau Indonesia. Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebongkah batu besar, yang tengahnya terbelah. Bentuknya mirip kerang raksasa yang sudah menjadi fosil. Dalam buku lintasan Sejarah Rokan, disebutkan bahwa Batu Belah Batu Bertangkup ini pada mulanya merupakan binatang yang hidup, sejenis kerang. Kemudian oleh orang Portugis, kedalam mulut kerang tersebut dicurahkan air kapur yang cukup banyak. Akibatnya kerang raksasa itu mati. Konon, sebelum kerang itu mati, ia memakan hewan apa saja yang tersesat dan masuk kedalam mulutnya.

Selain itu pula Batu belah mengandung sebuah legenda, tentang seorang ibu yang kecewa melihat tingkah laku anaknya yang sangat nakal. Demikian kecewanya kepada si anak, Sang ibu bunuh diri dengan membiarkan dirinya ditelan batu belah itu.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen