Keris Jawa



Diantara komentar mengenai Keris Jawa di atas di Karimon’s Blog.

Isa berkata
3 Januari 2010 pada 11.55p01

Asalamualaikum saudaraI brahim, saya ni adalah seorang pengemar keris2 lama.saya ni umpama org yg baru belajar mengenainya,jadi kurang mengetahui mengenai keris2 lama.tetapi saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai simpanan keris,lembing,pedang,pelbagai jenis kayu dan batu yang mempunyai nilai kesenian yang tinggi dan bernilai.sesetengahnya mempunyai khadamnya yang tersendiri.baru2 ini saya berkesempatan untuk pergi dan melihat dengan sendirinya koleksi peribadi kawan saya itu.antaranya keris yang boleh berdiri tetapi bukan dgn sendirinya tetapi dengan bantuan tuannya dan diletakkan berhampiran sarungnya.tuan punya keris melakukannya dgn disertai beberapa bilah keris sekali gus ditegakkan.proses itu dilakukan didepan mata saya.beliau juga mempunyai simpanan keris yang mempunyai 2 bilah berkembar.kerisnya agak lama dan berpenunggu dgn bahagian hulunya telah hilang.tuan sebelumnya mengisi keris itu dengan hantu raya.tetapi keris itu telah di buang penunggunya.ada satu ketika ketika kawan saya baru mengambil keris itu,rumah beliau digegarkan oleh penunggu keris itu.selain itu beliau juga mempunyai keris yang terbelah ditengah2nya.ianya unik,belum pernah saya lihat koleksi keris begitu.
Balas

TOK SHEIKH berkata
16 Januari 2010 pada 11.55p01

salam untuk isa !!Jangan kagum semua itu dan salah tanggapan…saya tak pandai tentang keris..tapi bolih lah bagi sikit !!KERIS DI BUAT OLIH MPU atau bahasa kita pandai keris.seorang MPU memang pakar dalam membuat keris..pernah dengar nama MPU GANDRING dan MPU RANUBAYA, SEBAGAI CONTOH ,2 NAMA BESAR INI MEMANG TERKENAL, SEJAK RATUSAN TAHUN DULU.MPU GANDRING MENCIPTA SATU KERIS YANG MEMANG POWER !!!!(WAKTU MEREKA HINDU BUDDHA),KERIS INI DI RAMPAS OLIH KEN AROK, TETAPI MPU GANDRING DIBUNUH,MENYEBABKNAN KEN AROK DISUMPAH, 7 KETURUNAN KEN AROK DISUMPAH, DI TIKAM OLIH KERIS INI..INI BERLAKU…ITU SEBAB JANGAN KAGUM KERANA SEORANG MPU, MEMBUAT KERIS, SANGAT HALUS DAN DIMASUK KAN UNSUR 2 MISTIK.CAMPURAN BESI KERIS BIASA NYA BANYAK JENIS BESI.DI BUAT MEMANG SANGAT STABIL , ITU LAH SEBAB NYA KERIS YANG BAIK DAN ASLI BUATAN NYA MEMANG BOLIH BERDIRI SENDIRI…..ITU WAJAR !!!memang banyak perkara mistik berlaku,keris mesti dimandi kan di tukar BAJU ,setiap tahun, kalau kadam nya NAKAL, BOLIH DI JINAK KAN.Jangan di buang keris, kalau masih bolih di pulih kan..KERIS SEBENAR NYA TAK DE APA APA, TETAPI KADAM NYA YANG KEKADANG NAKAL…INSYAALAH..ada sahabat saya, yang memang pakar tentang keris.SAYA sebenar nya tak berminat simpan keris,kerana saya sibok dalam PERUBATAN ,UNTUK MENYIMPAN KERIS YANG BERKADAM, KENA LAH BERHATI HATI !!!!!!!Dalam blog saya ada satu buntat yang kami panggil, BUNTAT KERIS NAGA, buntat ni keluar dari KERIS NAGA BUMI, keluar batu yang warna merah hati . waktu itu kecil, tapi sekarang sudah besar, sebesar ibu jari kita..KERIS ITU BERASAL DARI DEMAK, MEMANG KERIS KETURUNAN, GURU SAYA,ISTERI SAYA JUGA KETURUNAN DARI SULTAN DEMAK KE 2…ITU LAH NASIHAT DARI SAYA YANG HANYA ADA SEDIKIT ILMU INI !!!!!wasallam!!

Isa berkata
16 Januari 2010 pada 11.55p01

assalamualaikum saudara karimon dan saudara2 penatap setia blog ini.semalam saya telah menebus keris yang saya maksudkan sebelum ini.tetapi saya tidak dapat menepati janji saya sebelum ini pada saudara karimon mengenai gambar yang ingin saya hantarkan melalui e-mail saudara,saya ingin meminta maaf diatas segala yang berlaku,ini adalah disebabkan sebab2 tertentu yang tak dapat saya katakan di sini.keris ini telah diamanahkan kepada saya supaya tidak dipertontonkan kepada umum.disini saya hanya dapat mengambarkan rupa bentuknya dan kelebihannya.keris ini berluk 5,dan di bilahnya terdapat tulisan jawi yang tak dapat difahami.dibahagian bilah keris iaitu jika tidak silap saya katakan di bahagian puting bilah keris ini iaitu dibahgian pangkal keris berdekatan dengan hulunya ia boleh digerakan dan mempunyai kalimah allah & muhammand.keistimewaan keris ini ia digunakan untuk melindungi rumah dan seisi keluarga.ia menghalang daripada unsur2 yang tidak baik masuk ke dalam rumah.keris ini juga dapat mengembalikan kembali unsur2 yang tidak diingini kepada tuannya kembali.iaitu dengan membuat beberapa kaedah yang diajarkan kepada saya.maaf jika ada kesilapan di dalam penulisan saya ini.apa yang saya kesali disini ialah saya tidak dapat menepati janji saya kepada saudara karimon.saya diberi tahu bahawa untuk mencuci karat pada keris ini ia mengunakan sejenis minyak khas tetapi tidak pula saya ketahui apa nama minyak ini.boleh saudara karimon memberi penjelasan mengenainya?

TOK SHEIKH berkata
16 Januari 2010 pada 11.55p01

untuk ISA, DARI YANG AWAK CERITA KAN ITU, memang keris itu berkadam. apakah warna baju nya ??, Saya cerita kan sedikit untuk anda warna baju keris( balutan kain) 1..warna merah ..untuk perang/ jaga rumah 2.warna kuning…untuk berubat sahaja 3.warna hitam..untuk perang, berubat dan jaga rumah…jadi apakah warna baju keris anda yang baru tu ??

karimon berkata

Benar apa yang dikatakan oleh Tok Sheikh,kini saudara Isa telah melangkah pengetahuan keperingkat yang kedua iaitu bab mistik keris.Pada awalnya saudara hanya diperkenalkan tentang ciri2 zahir keirs.Dulu saya mempunyai sebilah badik tua yang pada mulanya diberikan pakaian merah.Kerana usang saya buang aja pakaian itu dan biarkan ianya telanjang.Pada satu masa saya membawanya untuk dilihat oleh seorang tua.Beliau geleng kepala melihat saya membungkus badik itu dengan kertas surat khabar lalu menegur saya kenapa tak ada baju(beliau maksudkan kainnya).Saya menanya beliau macam mana ada lagi tak isinya(khadamnya) beliau jawap ada tapi kena teriak melaung panggil balik.Jadi ini disebabkan saya gagal dahulunya memahami falsafah erti kain pada keris atau pun senjata dulu.

Isa berkata
16 Januari 2010 pada 11.55p01

assalamualaikum saudara2 sekalian,semasa saya memperolehi keris ini ia tidak dibaluti dengan apa2 kain.tuannya sebelum ini tidak memakaikan ia pakaian adalah bersebab.ini adalah disebabkan dirumahnya terdapat ratusan jenis keris & lembing.jika ia memakaikannya pakaian maka yang lain mungkin akan iri hati.wallahhualam.. nak bagi layanan sama rata kot…. itu dari penceritaan kawan saya.jadi beliau menasihatkan saya supaya memakaikan kain kuning pada keris ini,dan keris ini hanya perlu diletakkan sejenis minyak wangi khas.tak tau la pulak minyak apa,minyak zafron ke atau minyak cendana… beliau ada juga menyuruh saya mencari sejenis minyak khas yang dapat menghilangkan karat pada keris,tapi tidak pula diberitahu minyak apa.sekiranya saudara2 sekalian mengetahui mengenai minyak ini bolehlah berkongsi pengalaman bersama dengan saya.tuannya sebelum ini merupakan pemegang amanah kepada tuan keris yang asal.untuk makluman saudara2 sekalian,saya juga masih samar2 mengenai nama keris ini dan asal usul sebenar datangnya keris ini.hanya diberitahu keris ini berasal daripada indonesia.melihat dari rupa bentuk hulu dan sarungnya memang benar apa yang dikatakan oleh kawan saya setelah dilihat didalam buku mengenai keris miliknya.jika saudara2 sekalian tahu mengenai keris2 begini bolehlah dikongsi bersama saya dan pengunjung blog ini.

Karimon berkata

Sebenarnya banyak jenis minyak yang digunakan untuk merawat keris,ada yang mengunakan minyak cendana,minyak misik,minyak melati,minyak kenanga dan minyak rase.Setahu saya tidak ada jenis minyak yang menghilangkan karat tetapi menghalang dari karat,minyak yang terbaik ialah minyak rase yang selain dari berbau harum ianya membuat bilah keris lebih tahan dari karat.

TOK SHEIKH berkata
16 Januari 2010 pada 11.55p01

untuk Isa dan juga yang lain lain !!kalau nak pakai!! 1. Jangan sekali kita membuka keris berkadam dan membiar kan tanpa sarung dalam bilik tidur kita !! 2.Jangan mengajar keris berkadam makan darah, apa sekali pun.( samaada sembelih ayam ke atau gosok dimata nya apa apa darah) 3.INI PENTING JUGA DAN SELALU BERLAKU !!!Jangan buat menurun nombor ekor, ini akan merosak kan keris itu sendiri.SAYA HANYA MEMBERI NASIHAT SAHAJA KALAU NAK DITERIMA.Dalam bab keris ini saya banyak bertanya kepada sahabat saya, yang dalam KOLEKSI nya ADA BERBELAS KERIS YANG BAIK BAIK, macam nama ada, naga sari la,brawijaya 5 la, garuda la dan,banyak nama yang saya pun tak ingat !!

TOK SHEIKH berkata
16 Januari 2010 pada 11.55p01

untuk karimon !!Kalau badik tu, warisan keturunan..ini bermakna anda orang BUGIS, dan kalau di beli pun ,makna nya anda orang bugis juga, sebab nya dah lama anda simpan ia nya tidak mengganggu.Kalau belum dimandi kan, kena tunggu tahun depan,baru lah dimandi kan.Sekarang tak sempat nak mandi kerana esok bulan safar, tapi tak pe !!,sapu kan minyak atar kasturi 3 tempat, mula, pangkal mata nya,tengah dan hujung mata.sesudah itu di sebelah yang lain pula, buat begitu..3 tempat juga.Dan baju nya hendak lah ditukarkan, anda kata kain merah, jadi cari kan kain merah dan pakai kan(balut) sarung nya.Kalau baju nya merah, hanya untuk perang dan jaga rumah..
oi..garang tu..kalau nak balik kampung(rumah kosong)cabut kan dan letakan mata nya menghala ke atas..di ruang tamu,dan siapa berani bolih lah masuk rumah anda(mencuri)…memang sah kena penampar..!!! UNTUK ISA !!kalau kain nya,kuning ianya untuk berubat sahaja.JADI KERIS ITU BELUM DI MANDI KAN???KALAU BELUM,KENA TUNGGU BULAN MUHARRAM TAHUN DEPAN, UNTUK SEMENTARA WAKTU ANDA, BUAT SEPERTI DI ATAS, SAMA MACAM SAYA SURUH KARIMON BUAT…INI UNTUK SEMENTARA, BAGI KERIS YANG BELUM DIMANDI KAN…
..TAK TAHU LAH SAYA, KALAU TOK SERBAN HIJAU DAN WALI QUDUS ADA CARA YANG LAIN.??? WASALLAM

karimon berkata
16 Januari 2010 pada 11.55p01

Terima kasih Tok Sheikh diatas panduan dan nasihat itu.memang garang pun tapi baik.pernah anak buah saya tidor dalam bilik saya dan kunci pintu bilik tiba2 aja kuncinya dibuka air cond yang dibuka dah dekat subuh tiba2 terpadam,kot dia nak tolong saya jimat letrik dan kejutkan anak buah saya sembahyang subuh agaknya

karimon berkata
17 Januari 2010 pada 11.55p01

Saya terasa sedikit keliru dengan soalan saudara.Adakah yang saudara maksudkan pamor hujan emas itu keris rakan saudara?Untuk pengetahuan saudara pamor ialah corak pada bilah keris.Kalau pamor hujan emas itu panjangnya 2-3kaki setengah bermakna keris itu panjang.Inilah pertama kali saya tahu yang pamor hujan emas begitu panjang.Selalunya ianya tak begitu panjang ianya hanyalah berbentuk titisan atau percikan hujan saja.Mungkin ianya ditempah khas oleh teman saudara atau pemilik asalnya dan ada juga orang yang terkeliru pamor hujan emas dengan kulit semangka.Kot keris rakan saudara itu bukan jenis keris biasa tapi sundang.Keris ni eloklah berbaju buruk kalau telanjang tetapi ada juga keris yang sengaja ditelanjangkan diatas sebab tertentu.Tentang pertukaran suka sama suka ni terpulang pada setiap individu,secara peribadi kalau saya ditempat saudara saya berat hati nak tukarkan.

TOK SHEIKH berkata
17 Januari 2010 pada 11.55p01

Yasir !!!keris itu jangan di tukar kan…oi bib !!kau ingat senang ke nak dapat keris raja naga !!!KERIS RAJA NAGA ini kalau asli ada 6 bilah sahaja kalau tak silap saya, iaitu di buat sepasang.Naga angin sepasang, naga langit sepasang dan naga bumi sepasang.Keris ini dalam kategori KERIS JAWA KUNO, KALAU KITA TENGOK UKIRAN DIBADAN NYA SANGAT CANTIK DAN SENI.Yang betul asli, ditepi keris ini bolih di masukan air dan tidak tumpah, maksud saya,lubang nya tidak tembus ke sebelah yang lain.Kenapa di buat begitu saya tidak pasti.,dan badan nya bersisek..Ada kah keris kamu begitu ???memang !! keris naga , berbaju merah dan kenapa tak di buat kan sarung nya, bib !!!!

karimon berkata

Terdapat 2 cara dalam hal pembersihan sebilah keris iaitu dipanggil dalam bahasa jawa 1.Marangi 2.Nyirami(kalau tak silap saya sebutannya)Cara marangi lebih detail dilakukan dimana keris tersebut dimandikan ,dibersihkan,dikeringkan,diberi minyak dan dimarang iaitu menyapu sejenis bahan untuk menerbitkan pamor keris agar lebih terserlah.Proses ini agak komplek dimana keris itu akan direndamkan didalam air larutan limau atau buah mengkudu dan ada juga beberapa jenis yang lain bagi tujuan membersihkannya dari karat dan minyak dan mengunakan berus jika perlu,berus yang digunakan bukanlah dari jenis berus yang kasar,kalau kasar nanti rosak pamor keris.Pembersihan dilakukan sehingga besi keris tersebut kelihatan hampir putih atau kelam/kelabu.Setelah kering maka dimarangi untuk menimbulkan pamor keris dan ini perlu dilakukan dengan teliti,setelah iti baru diberi minyak yang disukai oleh empunya keris.Prose nyiram atau mandi keris pula sedikit berbeza ianya sekadar dicuci dengan mengunakan limau dan ada juga yang merendamnya didalam air kelapa segar jika kotorannya teruk baru direndamkan didalam air kelapa masam.setelah itu dicuci atau dibersihkan dengan air bunga dan ada juga air biasa lalu dikeringkan.Ada juga sesetengah orang mengasap kerisnya dengan setanggi atau kemian dan ada juga yang menyapu minyak dan ada yang tidak menyapu minyak tetapi digalakkan menyapu minyak bagi tujuan menghalang dari karat.Ada juga sesetengah orang membersih kerisnya dengan cara menikam berkali kali kebatang pisang dan dibiarkan selama 30-40 min.satu kelebihan pada cara begini ialah secara tak langsong ianya dapat menerbitkan rona pamor keris akibat dari cairan yang terdapat pada batang pisang tersebut.Proses yang dinyatakan diatas adalah untuk keris biasa.

Untuk keris yang mempunyai nilai mistik-boleh dilakukan seperti apa yang dinyatakan diatas kerana ada masanya keris mistik pun boleh berkarat dan kotor jugak kalau tidak dijaga dengan rapi yang membezakannya ialah terdapat ritual tertentu yang lain seperti perasapn setanggi dan bunga dan jampi mentera dan doa dan hari atau bulan tertentu yang dipilih untuk memandikan keris tersebut.Limau juga dikira jumlahnya selalunya angka ganjil tetapi ini semua bergantung pada syarat penerimaan keris tersebut dan tatacara yang diajarkan kerana lain keris lain caranya.Izinkan saya berkongsi pengalaman saya memandikan keris semuga adanya panduan ini dapat diikuti walaupun bukan sepenuhnya.Untuk sebilah keris saya,saya memerlukan 3 biji limau sebagai mandian.kerana keris saya bukannya kotor sangat dan tak memerlukan rendaman.Setelah dicuci dengan limau saya membilasnya dengan air rendaman 7 jenis bunga sebersihbersihnya kemudian saya akan menyapunya dengan sedikit minyak cendana sebagai bahan asas,kemudiannya diletakkan minyak misik selalunya kasturi lalu diperasapkan dengan beberapa doa tertentu.Ringkas saja yang saya lakukan.Tetapi sebelum membuka keris dari sarungnya adalah juga dibaca beberapa doa.Bab mengeluarkan keris dari sarungnya saya perhatikan banyak kesilapan yang dilakukan oleh beberapa orang.Kalau kita misalnya apakah kita menanggal baju dari badan kita atau badan dari baju ?Tentu saja baju dari badan,begitu juga keris yang sarungnya adalah ibarat bajunya maka kita tanggalkan sarungnya untuk mengeluarkan keris,bukan menyentap atau mengeluarkan keris dari sarungnya.Begitu juga dilakukan memasukkan keris masukkan sarungnya ke keris bukan keris ke sarungnya,inilah semua dikatakan etika keris.Semuga sedikit maklumat ini menjadi panduan kepada yang minat keris.cubalah tanya pada mereka yang lebih arif lagi jika mahukan penjelasan yang lebih lanjut apa yang saya nyatakan disini adalah sekadar asas sahaja.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Keris Jawa

  1. hafis40d says:

    Bagaimana untuk mendalami kemahiran mengenai keris jawa ini lebih lanjut

  2. Ayat1000Dinar says:

    Assalammualaikum Tok Sheikh.. Disini Cucu ingin memohon untuk mendapatkan penjelasan tentang tatacara memandikan parang. Cucu ada sebilah parang peninggalan arwah bapak sepajnang satu jengkal dan berbaju merah. dikedua-dua belah parang tersebut ada tertulis ayat seribu dinar dan badannya bersisik dari pangkal hingga ke hulunya dan juga belakangnya pun bersisik juga.. Parang tersebut juga mempunyai khadam.. Cucu ingin meminta jasa baik TOK SYEIKH agar dapat mengajar cucu tentang tatacara memandikan, menjaga, dan doa2 khusus semasa proses2 bermula hingga selesai memandikan parang tersebut.. Cucu ingin belajar TOK SYAIKH.. Lagi satu TOK SYEIKH, boleh x klu kita minta kpd khadam tersebut untuk membantu kita dalam urusan rezeki kita? Sekian TOK SYEIKH, cucu dahului dengan ucapan ribuan terima kasih, Assalammualaikum..

  3. zul says:

    nak tau mcm kita nk tau kayu yg kita simpan berkadam

  4. Muhamad Alnazri says:

    assalammualikum tok sheikh saya ada sebilah badik ttp x tahu nk memandikan badik jika x keberatan sy ingin berguru dng pak sheikh

  5. AbdulQadir says:

    Assalamualaikum Tok Sheikh,pd simpanan saya ad beberapa bilah keris,tp tidak tahu namanya dah baju apa yang sepatutnya diginakan?bagaiman kita hendak tahu baju apa yang patut digunakan?insyaALLAH saya akan uploadkan gambar keris tersebut..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s