Rahsia Kayu Penunduk


BIARPUN saiznya jauh lebih kecil daripada pokok-pokok hutan yang lain, tapi belum ada lagi yang kayu yang diketahui fungsi raja kayu putih sebagai penawar dan penunduk.

BAGI sesetengah pengumpul barangan mistik, raja kayu putih adalah antara yang menjadi dambaan lantaran kesukaran untuk menemuinya apatah lagi memilikinya.

Diberi gelaran ‘Raja Segala Kayu’ oleh orang tua-tua, nilai mistik kayu yang memiliki diameter sekitar 12 sentimeter (sm) ini dikatakan mujarab sebagai pendinding, penunduk, pelaris, pengasih dan berbagai lagi.

Ironinya, walaupun sukar didapati dan mungkin dijual pada harga mahal, bagi orang yang mengetahui, wang bukanlah penghalang.

“Banyak orang membeli raja kayu putih ini. Ia dijadikan loket, mata cincin atau disimpan di dalam dompet. Mereka mendakwa ia berkesan sebagai penawar, pendinding dan penunduk.

“Sehebat nama yang diberikan kepadanya, pemilik kayu ini akan dilihat sebagai seorang yang disegani dan berwibawa. Sebab itulah ia dikatakan mempunyai kuasa penunduk.

“Selain penggemar barangan mistik dan ahli perniagaan, artis dan ahli politik juga ada yang datang berkehendakkan kayu ini, terutama menjelang pilihan raya.

Pokok raja kayu putih dikatakan hanya tumbuh di kawasan pergunungan seperti Gunung Ledang di Johor.

Ada pendapat mengatakan apabila pokok raja kayu putih hendak tumbuh, pokok di sekelilingnya akan mati. Bila pokok tersebut sebesar pokok getah, pokok di sekelilingnya akan tunduk kepadanya.

Kayu yang disimpan bersama kayu penunduk ini akan bertambah auranya .Dek kerana khasiat dan kehebatannya, untuk mencari raja kayu putih tidak mudah. Bukan calang-calang orang boleh mengambilnya.

Jika yang mengambil kayu itu orang biasa, ada yang tidak berjumpa jalan pulang, bertemu dengan haiwan yang digeruni dan tidak kurang pula diganggu makhluk alam ghaib.

Sungguhpun raja kayu putih dikatakan kayu paling hebat khasiatnya, tetapi ia tetap ada kelemahan iaitu api apatah lagi dicampur dengan minyak petrol. KULIT kayu yang dibakar akan mengeluarkan aroma lembut dan mengasyikkan. Kayu ini mampu memberi aura panas kepada pemakainya.

Ramai pendekar zaman dulu menjadikan kayu ini hulu senjata kerana percaya ia dapat menaikkan semangat bertempur dan menggerunkan pihak lawan apatah lagi jika dicampurkan dengan teras kayu kemuning hitam.

Memiliki daun yang tidak bertulang dan berurat, kayu yang mampu ditembusi cahaya lampu suluh pada ketebalan 2 sm itu lebih nyata khasiatnya dari sudut perubatan. kayu yang amat bermutu iini telah terbukti boleh mengubati luka-luka luaran, sakit kulit, gout, sengal dan melancarkan perjalanan darah. Malah debu kayu itu, jika digosok pada kulit, ia juga mampu meresap ke dalam tubuh. Kepingan kayu yang telah dipotong-potong turut dapat membantu mengeringkan darah pada luka terbuka. Sementara itu, damar putih yang terhasil daripada kulit kayu itu berupaya mengubati bisa-bisa kecil seperti gigitan lipan. Air rebusan teras raja kayu putih jika diberi minum kepada orang yang degil, insya-Allah hatinya akan lembut. Jika seseorang itu ketagihan alkohol, perokok atau penghidap batuk berdarah, mereka juga boleh dirawat dengan meminum air rebusan kayu ini.

Status ‘Raja Kayu’, terdapat dua jenis raja kayu iaitu raja kayu merah dan raja kayu putih. Kayu yang dikatakan lebih berkhasiat ialah raja kayu putih manakala raja kayu merah sering menjadi kekeliruan umum.
Raja kayu merah dan pokok damar minyak mempunyai banyak persamaan dari segi warna dan damar yang dihasilkan. Namun, bagi kayu damar minyak, ia akan mengeluarkan minyak atau damar berwarna kehitaman dan keras disertai bau kemenyan. Tetapi bagi ‘Raja Kayu’, damarnya tidak keras dan berbau lebih lembut seakan-akan minyak angin kayu putih tanpa perlu dibakar.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s