Aishah Gabenor Bank Alam Bunian

Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?

Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia :

Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 – Julai 1962)
Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980)
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 – Jun 1985)
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (Jun 1985 – Mei 1994)
Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 – Ogos 1998)
Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 – April 2000)
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 – Kini)

Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Aishah Gabenor Bank Alam Bunian

  1. 3gtogold berkata:

    Ini memang pelik. Bukan semua gabenor part of freemason ke?

  2. Mohd Shah berkata:

    Sesuatu perkara yang pelik bukan urusan kita tetapi tidak mustahil akan berlaku dan terus akan berlaku….

  3. Nora Aziz berkata:

    yea lah seandainya kita bertawakal dan juga rajin berusaha ~ Allah akan berikan pertolongan walau pun kita di dalam kesusahan ~ and no one can deny it walau pun tiada bukti ~ pun begitu signature tersebut sememangnya milik Gabenor yg bertugas pada ketika itu ~
    Saya sertakan link nya ~
    http://www.pelikbinajaib.com/informasi/senarai-gabenor-bank-negara-malaysia-bnm-dan-tandatangan

    • rashadan berkata:

      Aishah bukan nama gabenor itu….kita yang salah tafsir. Ia sebenarnya bukan aishah tapi sebenarnya ialah ali abul hasan…cuba perhatikan tanda tangan itu….ali abul hasan dan bukanya aishah. Ali abul hasan merupakan gabenor yang ke enam……

  4. Hj Muhammad berkata:

    Assalamualaikum warahmatullah, sesungguhnya Alam Bunian tidak menggunakan apa-apa matawang. Mereka tiada bank. Para Bunian tiada keperluan terhadap wang. SubhanAllah, Bunian juga tidak memberikan harta kepada manusia sebegitu sahaja! Maaf saya katakan, yang ‘tarik duit’ dan beri harta secara literal ini adalah tipudaya iblis dan jin-jin yang bertujuan untuk menyesatkan dan memesongkan aqidah manusia. Para Bunian membantu secara tersembunyi dengan membuka peluang dan memudahkan jalan untuk manusia mendapatkan apa yang diperlukan. Mereka juga memberi ilham dan kemahiran kepada manusia supaya dapat menggunakan ilham dan kemahiran itu untuk mencari rezeki. Namun harus diingat bahawa rezeki tetapnya adalah daripada Allah subhanahu wata’ala, seperti di dalam firmanNya, “Barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya),” surah At-Thalaq, ayat 3.
    Silalah lawati dan baca blog saya Nukilan Bentara Tujuh, artikel-artikel terkini Kebenaran Mengenai Bunian dan Kebenaran Mengenai Bunian II untuk tahu lebih lanjut tentang Bunian. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah.

  5. matiara berkata:

    yg itu dikatakan Aishah sebenarnya tt Ali Abul Hassan daa….rujuk kat sini…http://www.pelikbinajaib.com/informasi/senarai-gabenor-bank-negara-malaysia-bnm-dan-tandatangan

Tinggalkan komen